Hari Selasa yang lepas, setelah pulang ke rumah dari tempat kerja. Seperti biasa rutinku, aku akan mandi terlebih dahulu kemudian makan malam. Sambil aku makan, mencari rancangan yang menarik untuk aku tonton malam itu. Namun, tiada apa yang menarik pun untuk aku tonton. Aku cuba memeriksa sekiranya ada rancangan yang menarik di saluran berbahasa Inggeris. Aku berhenti di saluran AXN setelah melihat movie yang ditayangkan adalah cerita hantu berjudul 'Insidious Chapter 3'. Di malam yang kebosanan, cerita hantu pun aku layan. Aku menontonnya dari pukul 8 malam hingga pukul 10 malam. Pukul 10 emak mahu tengok drama Melayu Encik Ngok Ngek. Jadi, aku layan dululah movie aku. Setelah selesai movie itu ditayangkan, aku dapat rasa yang mengujakan. Bagi aku, filem ini bukan sekadar filem hantu yang kosong seperti kebiasaan filem hantu Melayu. Yelah, pengarah filem ni kan pengarah filem yang sama untuk filem 'The Conjuring' yang aku pernah tonton sewaktu aku di bangku sekolah iaitu James Wan. Orang Malaysia tu. Insidious Chapter 3 ni ajar kita benda yang penting. Pertama, terima takdir Tuhan dengan ikhlas dan redha. Kita semua akan mati, orang yang kita sayang juga akan mati. Kalau mereka pergi secara mengejut maksudnya, tak ada tanda-tanda macam sakit, terimalah ketentuan ilahi. Janganlah sampai pergi seru roh arwah tu sebab belum tentu roh arwah tu yang datang. Takut kalau setan yang datang. Kedua, Ilmu sihir, panggil roh dan seangkatan dengannya bukanlah mainan kita umat manusia. Setiap agama mengharamkan pengamalan sihir. Jadi, jangan sesekali mendekatinya. Berani biar bertempat. Kita cuma manusia. Sentiasa ada had atau perbatasan yang kita tak boleh terokai. Ketiga, kita manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang paling sempurna sifatnya. Kita perlu ingat kita lagi kuat dari Syaitan dan Jin. Bukan secara negatif tapi sekiranya kita diganggu oleh makhluk halus, ingatlah yang kita lagi kuat. Jangan biar mereka kuasai kita. Aku masih ingat lagi hampir semua mimpiku ketika aku dikomakan di hospital dulu. Satu persatu mimpi buruk. Mimpi adalah mainan Syaitan. Mimpi juga barangkali petunjuk dari Tuhan. Segala mimpi yang aku lalui ketika itu, seolah-olah menguji keimananku. Ada satu masa, aku tertanya kenapa Tuhan tak tolong aku? Atau mungkin Tuhan tak mampu? Tapi, aku kuatkan imanku. Aku berkata kepada diriku sendiri, Tuhan boleh tolong aku cuma Tuhan tak mahu tolong aku di masa ini kerana mungkin kemahuannya untuk aku lalui semua ini sendiri. Pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya, pasti ada alasannya. Ada perkara yang aku perlu pelajari dari mimpi burukku ini yang tak berkesudahan. Sekaligus, menjadikannya pedoman hidup dan penguat semangat serta azamku untuk berjaya dalam hidup. Wish me luck for a better future.... Amin.....
Rabu, 31 Oktober 2018
Selasa, 30 Oktober 2018
Pasaran tak semudah yang disangka
Aduhai. Macam-macam cara dah aku lakukan untuk memasarkan produk aku tapi menjual barang bukanlah mudah seperti yang aku sangkakan. Tiada barang yang terjual pun. Aku sudah buat akaun lain di Instagram tetapi tiada tanda positif. Aku sudah cuba mengepos gambar di grup what's app giatmara tapi tak juga positif. Patutkah aku membuka akaun Facebook yang baru khas untuk menjual blaus-blaus ku. Aduhai, serabut kepala. Apa-apapun, wish me luck for a better future. Ahad ni kakak aku tak balik so bolehlah buat baju kakak aku yang sulong. Korang tolong support beli barang aku di www.shopee.com.my/rufiz tak mahal pun. Satu blaus RM20 jer....
Isnin, 29 Oktober 2018
Cipta Peluang
Semalam, aku cuba menghantar gambar-gambar blaus yang aku jual di Shopee ke grup what's app rakan-rakan giatmara ku. Ramai yang bereaksi tahniah tapi tiada seorang pun yang ingin membeli. Aku cuba pula membuka akaun Instagram baru untuk menjual blaus-blaus itu. Macam tiada sinarnya. Aduhai, cara apa lagi yang aku harus lakukan. Badan ini umpama retak menanti belah menanggung segala beban kepenatan badan dan kerisauan hati. Abangku pernah bertanya. Gaji kau berapa. Aku jawab tak tahu. Bila dapat gaji. Aku cakap tak tahu. Belum dapat gaji lagi ker. Aku jawab belum. Dah dua bulan lebih dah. Aku diam. Aku segan ingin bertanya. Harap-harap sebelum start bulan November, dapatlah gaji aku. Kalau tak, abangku bising-bising jer. Ya Allah, permudahkanlah hidupku. Wish me luck for a better future..... Amin.....
Ahad, 28 Oktober 2018
Menanti Petanda
Hari Jumaat itu, aku pulang ke rumah dan dibawa oleh abangku ke klinik di perumahan belakang kampung kerana tekakku yang kesakitan. Tonsel adalah penyebabnya. Dalam minggu lepas, 2 hari aku cuti sakit iaitu hari Selasa dan Sabtu. Kakakku pulang petang Sabtu itu. Aduhai, satu lagi cuti yang tak bermakna. Jualan di Shopee tak nampak sinarnya. Bilalah aku boleh fokus pada jualan online sepenuhnya. Dalam hidupku, aku sentiasa menanti petanda untuk aku berubah dan melangkah ke tahap yang lebih kukuh dan menggembirakan. Tapi, petanda yang kunantikan kali ini adalah yang terpenting seumur hidupku dan masih tiada bayangnya lagi. Aku tak tahu berapa lama lagi hidupku harus begini. Adakah usaha aku tak cukup memadai atau nasibku harus begini. Ya Allah, ubahkanlah nasibku seindah hidup orang lain.... kunantikan petanda darimu, Ya Allah
Jumaat, 26 Oktober 2018
Ketidakpastian
Malam ni aku menonton filem Pitch Perfect 2. Walaupun sudah banyak kali aku menonton filem ni. Tapi malam ni berbeza. Mungkin dulu aku tak terasa deep bila tengok ni sebab aku masih di bangku sekolah bersama sekumpulan sahabat handai yang sentiasa menyokong setiap langkah yang kulakukan dan setiap nafas yang kuhirup dan hembus demi memperjuangkan erti kehidupan ini. Pitch Perfect 2 mengingatkan aku rasa takut untuk membesar dan terpisah dari rakan-rakan. Takut untuk menghadapi dunia dewasa yang mencabar dan alam pekerjaan yang mudah goyah. Rindunya aku pada zaman persekolahan walaupun cuma baru 3 tahun aku meninggalkan sekolah, terasa seperti semalam kami bersuka ria. Melewati semua tempat tanpa rasa takut. Menghabiskan masa dengan perkara yang biasa tetapi sangat indah apabila dikenang semula. Tak perlu rasa takut bila kita tahu kita ramai. Hanya takut pada peperiksaan dan cikgu. Tapi, benih pun akan menjadi pohon. Inikan remaja, pasti menjadi dewasa. Persoalannya, mampukah aku menghadapi dunia dewasa ini sendirian. Terlalu awalkah untuk aku memasuki alam pekerjaan. Terlalu lambatkah untuk aku berjaya seperti yang lain. Ada jalan lainkah untuk aku pilih. Ya Allah, berilah hambamu ini petunjuk. Hambamu sudah keletihan dan kerinduan akan ketenangan yang terakhir kali dirasai di tahun 2013.....
Khamis, 25 Oktober 2018
Permulaan yang Teruk, Pengakhiran yang Baik
Aku hampir putus asa sekali lagi semalam kerana majikanku menyuruh aku menetas jahitan cantum pesak dan badan kerana berkedut. Pada mulanya, majikanku hanya menyuruh aku menetas jahitan tindih halus pada bahagian cantuman badan dan pesak, tetapi setelah diperiksanya dengan lebih teliti. Jahitan cantuman pun perlu dibuka. Stress aku. Tapi akhirnya, setelah diajar cara sebetulnya, barulah aku berjaya mencantum. Tapi tindih halus belum lagi. Harini lah aku kena hadap. Baju Kurung Tradisional tak susah. Yang kainnya. Kainnya nipis sangat. Aku tak faham betul kenapa nak pakai kain nipis kat badan. Baju tu kalau pakai jatuh jer tau. Kain die tak keras tak boleh di bentuk. Bagilah kain senang-senang sikit untuk orang jahit. Korang kalau nak tempah baju raya, bagilah kain yang mudah untuk tukang jahit tu jahit. Fikirlah orang sikit. Apa-apa pun, harini Jumaat. Selalunya, Jumaat hari yang baik untuk aku. Aku harap sangat harini lebih baik dari semalam. Amin. Wish me luck for a better future.......
Rabu, 24 Oktober 2018
Penat Mental, Penat Fizikal
Semalam, setelah sekian lama tidak menjahit mesin, majikanku menyuruh aku menjahit sepasang baju kurung tradisional. Aku menyiapkan kainnya kira-kira pukul 4 petang. Kemudian sambung menjahit bahagian baju. Aku mula menjahit bahagian lengan, pesak dan kekek. Kemudian, baru aku menjahit lapik leher. Berkali-kali aku menetas jahitan bahagian leher. Semalam aku tidak sempat menjahit tindih halus pada keliling leher dan mencantum bahagian pesak, kekek dan lengan bahagian badan. Aku mula rasa tak tahan dengan hidupku ini. Semalam aku pulang ke rumah pukul 8:15. Selesai mandi pukul 8:45. Aku ingat nak tidur awal kerana badanku masih terasa penat selepas baru sahaja baik dari demam. Tapi, aku terlupa aku perlu memuatnaik blaus-blaus yang mahu dijual di Shopee. Sambungan internet yang lemah di kawasan rumahku ditambah dengan jiran-jiran yang memakai Wi-Fi, pukul 11 juga baru siap aku muat naik keenam-enam blaus yang mahu dijual di Shopee. Kemudian, aku tidur. Penat sungguh rasa badan. Cepatlah sikit aku kaya. Kalau ada RM1500 ke RM 2000 ker, aku dah start dah jual baju ready-made online. Tak laratlah. Harap-harap lakulah blaus-blaus yang aku jual kat Shopee tu. Amin. Wish me luck for a better future...... Alhamdulillah
Selasa, 23 Oktober 2018
Demam Berhujan
Hari Ahad lepas aku memang dah rasa tak sedap badan terutamanya bahagian belakang badan, dahi dan tengkuk. Bila hari Isnin aku bekerja, hari yang terlampau panas membuatkan aku tak keruan. Badan makin tak sedap. Kemudian, hujan pun turun. Aku melangkah ke bustop mengharungi hujan yang lebat. Tapi, sebelum ni pun dah biasa balik berhujan. Tapi kali ni, aku demam. Setibanya di rumah, aku mandi dan badanku rasa okay. Bila aku tidur, beberapa kali aku terbangun. Sehinggalah pukul 5:50 minit pagi. Aku ambil keputusan untuk mandi dan bersiap. Selepas siap pakai baju, aku menanti pukul 7:45 pagi untuk bergerak ke bustop kampung. Sementara itu, aku berbaring di atas sofa panjang di ruang tamu rumahku. Badan aku rasa tak bermaya. Aku menyuruh emak memeriksa suhu badanku dengan tangannya diletakkan di atas dahiku. Emak berkata aku demam. Cuti jelah. Aku pun terus mesej majikanku untuk memberitahu yang aku tak boleh hadir semalam disebabkan demam. Seharian aku di rumah. Nak jahit baju kakak, badan pula penat disebabkan demam. Jadi, aku rehat sahajalah. Pagi ini, tak demam pulak. Tak dapatlah nak cuti lagi. Takpelah. Banyak cuti bukan untung pun. Semalam hangar mannequin sudah dihantar poslaju. Gambar semua baju sudah diambil tapi belum dimuatnaik ke Shopee. Takpelah, malam ni aku buat. Ukuran semua mak dah ambil. Wish me luck for a better future..... Amin
Ahad, 21 Oktober 2018
Harapan
Cutiku semalam umpama tidak wujud sama sekali di dalam diari hidupku. Aku pulang ke rumah selepas menggunting rambut di barbershop tepi masjid kampung hari Sabtu malam Ahad itu kira-kira pukul 8 malam. Kakakku yang kedua sudah berada di rumah emak bersama kedua-dua anak lelakinya. Aduhai. Tertangguh lagi rancangan aku hendak berehat dan menjahit baju kakakku yang sulong. Takpelah. Aku perlu bertahan sehingga bulan Mac tahun depan. Dalam masa tu, aku perlu berusaha untuk memajukan bisnes online ku di Shopee. Harap-harap, bulan Mac nanti, bisnes ku sudahpun kukuh. Bolehlah aku berhenti kerja dan fokus sepenuhnya pada bisnes online ku. Sebelah tempat kerja abangku ada perkhidmatan poslaju. Jadi, mudahlah untuk aku menghantar barang. Wish me luck for a better future...... Amin......
Jumaat, 19 Oktober 2018
Hari Terakhir sebelum cuti
Akhirnya, Sabtu tiba juga. Hari terakhir sebelum cuti hujung minggu. Tak sabar aku nantikan pukul 7. Aku akan tiba di bustop dan terus menaiki bas untuk pulang ke rumah. Sampai di rumah, aku nak mandi dan makan lepas tu tengok tv terus. Aku target malam ni tak nak tidur. Jadi, harap-haraplah kerja harini indah belaka supaya tenang aku memulakan cuti hujung minggu ku walaupun sehari. Wish me luck. I hope so.....
Khamis, 18 Oktober 2018
Kesilapan di awal permulaan
Semalam, aku disuruh menjahit sepasang baju kurung tradisional saiz kanak. Setelah siap semuanya, barulah majikanku menyedari kesilapan yang aku lakukan. Aku ingat garisan pada bawah leher adalah garisan tengah belakang rupanya garisan belah leher di depan. Baju kurung itu lehernya terbalik. Nasib baiklah baju ready-made. Sebab aku di giatmara, badan baju kurung tradisional dua bahagian bukan satu. Takpelah, jahit silang pangkah aku pun makin cantik. Aku harapkan hari ini lebih baik dari semalam. Dan esok lebih indah untuk mulakan cuti mingguan hari Ahad nanti. Amin......
Rabu, 17 Oktober 2018
Setiap Langkahku, Mendaki Segunung Impian
Semalam hari yang baik untuk aku. Aku hanya menyiapkan sehelai kain belah pada pukul 3. Kemudian, aku terus disuruh menjahit silang pangkah pada 2 pasang baju sambil berbual dengan majikanku. Kedua-dua kakak senior yang sama bekerja di butik tidak hadir. Seorang sedang bercuti di Penang kerana mengikut suaminya out-station. Seorang lagi dari kelmarin half day sehingga semalam tidak hadir. Aku tengah mengumpul modal untuk berniaga atas talian. Sekurang-kurangnya RM 2000 kerana RM 1500 hanya untuk membeli kain plain 4 roll lain-lain warna untuk dibuat baju. RM 500 lagi untuk benda-benda tambahan mcm zip sorok, benang biasa, benang mesin jahit tepi, pelapik leher dan kalau boleh mannequin satu pun dah cukup. Bertahanlah dan bertabahlah wahai sang rufiz, masa depan yang lebih cerah akan tiba sesudah masa lalu yang kelam berakhir. Tiada kejayaan yang akan dirasa sekiranya pengorbanan tak dilakukan. Wish me luck on my way to the future......
Selasa, 16 Oktober 2018
Kesunyian & Kerinduan
Dah tiga tahun sejak aku meninggalkan zaman persekolahan tapi aku masih tak boleh move on lagi. Yelah, zaman sekolah tak perlu fikir banyak. Kawan-kawan pun ramai. Bila habis SPM, bapak aku selalu bising-bising kat abang aku suruh dia cari kerja. Abang aku masa tu baru habis STPM. Mendengarkan hal tu, aku cepat-cepat cari kerja sebab takut bapak aku akan beralih ke arah aku pulak. Aku bekerja di AEON One Utama. Mula-mula ramai kawan-kawan aku kerja sekali. Lepas tu, ramai yang berhenti sebab sambung belajar. Tinggal aku sorang-sorang. Badan yang kepenatan dan jiwa yang kemurungan akhirnya menyebabkan aku sikit-sikit mengalami gangguan kesihatan fizikal. Aku mula muntah-muntah, badan berpeluh dan susut serta demam yang tiada kesudahan. Selepas 8 bulan bekerja, aku akhirnya berhenti kerja kerana tahap kesihatan aku yang merosot. Aku nak klaim socso tapi tak boleh sebab minimum nak klaim socso 2 tahun bekerja. Jadi, sakit aku family yang kena tanggung. Aku dimasukkan ke Hospital Universiti tapi berbelas hari aku di wad, hanya sekali rawatan dijalankan. Kakakku mengamuk di depan doktor dan menandatangan borang untuk mengeluarkan aku dari hospital itu. Aku terlantar di rumah. Berjalan ke dapur pun berpeluh. Makan tak lalu. Mak membawa aku ke Klinik 1Malaysia di Saujana Utama. Doktor klinik itu terpaksa menghubungi ambulans lalu menghantar aku ke Hospital Sungai Buloh kerana nadi aku terlalu laju. Aku dimasukkan ke wad kecemasan. Lebih dua bulan aku rasa duduk di Hospital. Badanku yang asalnya seberat 112 kg akhirnya tinggal 49 kg. Aku dikomakan. Leher aku ditebuk untuk melancarkan pernafasan. Seluruh tangan dan kaki habis lebam-lebam kesan jarum. Aku keluar hospital hujung tahun 2016. Sepanjang tahun 2017 aku hanya duduk di rumah. Cuba untuk belakar berdiri dan berjalan semula. Makan ubat yang banyak tiap-tiap hari. Sementara yang lain sudah memasuki semester ketiga untuk yang ambil Form 6. Pertengahan tahun 2018 setelah aku menghabiskan pelajaran 6 bulan aku di giatmara Subang, akhirnya aku disytiharkan sihat. Tapi lubang pada leher aku masih ada. Sehingga kini aku tidak boleh mandi seperti orang biasa. Aku perlu mandi badan dulu. Kemudian, aku tundukkan kepala untuk membasuh rambut dan muka untuk mengelakkan dari air memasuki lubang di leherku. Sakit paru-paru berair dan jangkitan kuman tibi. Walaupun kerja di AEON lebih penat dan susah tetapi bila ramai kawan segala penat dan stress tak terasa. Kerja di butik ni sedikit sebanyak menguatkan rasa rindu aku pada kawan-kawan sepersekolahan. Moga hati aku lebih cekal untuk menghadapi dugaan hidup ini. Moga masa depanku lebih cerah dan baik dan kaya dan sihat. Amin...
Isnin, 15 Oktober 2018
Hampir Sebulan
Sedar tak sedar, hampir sebulan aku bekerja. Tahan tak tahan, aku kena hadap jugak semua ni. Setibanya aku di bustop tadi aku berjumpa makcik guard dan seorang pelajar perempuan SMK Saujana Utama. Pukul 8 masih di bustop. Bukan kelas dah start ker sekarang? Dia kata harini van yang hantar dia dari rumah ke bustop lambat. Sampai bustop pukul 7:15. Bas pertama dah gerak. Bas kedua gerak dari ktm Sungai Buloh pukul 8:10. Harini periksa aper? Agama die cakap. Harini last dah SPM. Kesian aku tengok. Takpelah, abang dulu SPM 4A pun tak ke mana. Nak sambung belajar tak mampu. Semalam aku tak sempat nak tunjuk baju aku jahit sendiri kat bos aku. Harap-harap hari ni lebih baik. Amin.....
Ahad, 14 Oktober 2018
Cuti Macam Tak Cuti
Sabtu, aku menjahit sehelai blouse seperti biasa. Pukul 7:15 aku sudah di bustop. Driver bas malam tu macam tak nak berhentikan bas. Pintu depan terbuka tapi bas masih bergerak. Aku naik bas dalam keadaan bas yang sedang bergerak. Apabila aku naik, driver bas buat endah tak endah. Kecik besar kecik besar aku tengok dia. Tapi, hari tu aku pulang ke rumah awal. Sebelum pukul 8 malam. Dan hajatku terkabul, lewat malam itu hujan pun turun mendinginkan suasana menyenyakkan lagi tidur. Tapi malam itu, kakakku yang kedua sudah berada di rumah emak bersama kedua-dua anak lelakinya yang masih kecil. Aku tahu, cuti esok pasti tak merehatkan lagi. Tak apalah. Lagipun kakakku ini banyak membantu aku. Seperti yang kusangkakan, hari Ahad aku tak sempat langsung nak mandi kerana menjaga kedua-dua anak buahku kerana kakakku ada kelas PJJ pagi itu. Yang sulong 2 tahun macam gasing. Yang adik asyik-asyik hidung tersumbat pastu nangis melalak. Petang hari ketika adiknya sudah tidur dan abangnya sedang sibuk menonton kartun, aku mahu mandi tapi jiranku pula sibuk menukar bumbung zink baru. Keadaan siling bilik air rumahku yang berlubang menampakkan kerja penukaran atap. Macam mana aku nak mandi kalau ada orang tengok dari atas. Terpaksa aku menanti sehingga waktu yang sesuai. Aku baring seketika di atas katil. Tiba-tiba emak memanggil. Menyuruh aku menjahit baju kakakku. Aduhai, sampai ke senja tak siap-siap. Kalakatu pula semakin banyak jadi lampu semua ditutup. Aku ambil keputusan untuk mandi. Selepas mandi aku menyambung menjahit. Selepas kakakku pulang ke rumahnya di Klang. Aku menyuruh emak memijak belakang badanku. 7 kali bunyi'prap'kedengaran menandakan tulang belakangku sudah lurus. Kemudian aku tidur. Hari cuti yang tidak bermakna sudah berakhir. Minggu kerja ke-4 menjelang tiba. Haish, bilalah nak cuti betul-betul. Baju kakakku yang sulong ada 3 lagi belum terusik. Masih kain lagi. Harap-harap minggu ini lebih baik, mudah, lancar, senang, gembira untuk diriku. Amin.....
Khamis, 11 Oktober 2018
2 hari lagi
Semalam hari yang bagus. Aku menjahit span bahu dan silang pangkah sehingga jam 4 petang. Akak senior menyuruh aku menjahit sehelai blouse. Aku sudah siap mencantum bahagian badan. Harini, aku hanya perlu menyiapkan lengan baju, piping leher dan kelim bawah baju. Tapi harini, majikanku kembali bekerja selepas pulang dari kampung. Terasa cuak sikit di hati. Tapi, harini juga hari Jumaat jadi rehat aku panjang dan masa aku bekerja lebih singkat. Dan harini hari kedua terakhir sebelum cuti sehari pada hari Ahad. Aku cuma perlu bertahan untuk dua hari ni. Lepas aku pulang ke rumah esok malam. Aku tak nak tidur. Aku nak tengok tv jer sampai pagi. Puas hati aku. Harap-harap hari ni dan esok hari yang baik, mudah, senang, tenang, indah, gembira dan lancar untuk aku lalui.#duaharilagi
Rabu, 10 Oktober 2018
Sukar lagi payah
Semalam aku menjahit sehelai blouse. Susahnya kerana bahagian atas baju dua lapis. Jadi, nak menyamakan lubang lengan atau ketiak baju untuk mencantum tangan sangat sukar. Tetapi berhasil akhirnya. Tapi, kesilapan yang aku tak sengajakan berlaku bila aku terlupa untuk trim bahagian leher sebelum membuat kelim piping. Semalam, aku hanya tak siap jahitan tangan sahaja dimana aku perlu menjahit silang pangkah pada pencantum lapisan luar kerana terlebih-lebih basi dan palang cangkuk pada belakang leher. Semalam ketika kupulang. Bas belum nampak bayang. Aku singgah ke kedai burger untuk membeli burger. Burger biasa 3 ringgit setengah. Tambah keju jadi 5 ringgit. Kecil saja kejunya. Tak terasa pun ketika makan. Harap-harap hari ini lebih baik dari semalam. Menjahit zip sorok pada 2 lapis kain sekali gus bukan mudah. Wish me luck for a better future....
Selasa, 9 Oktober 2018
Hujan tak bererti sedih
Semalam agak bagus untuk aku. Majikanku pulang ke kampungnya mungkin sehingga Jumaat. Hilang gabraku sedikit. Semalam Kak Nor yang mengajar aku membuat blouse cara lain. Leher piping menggunakan kain perca blouse itu aku sudah gunakan di rumah tetapi caranya yang agak sukar berbanding caraku di rumah. Agak sukar kerana kain piping itu perlu dilipat dua sebelum dijahit satu tapak berbanding caraku yang terus dijahit satu tapak. Kemahiran mencantum lengan juga semakin baik. Tapi, apa yang tidak sempat aku lakukan semalam ialah menjahit butang dan gelung butang. Walaupun semalam senantiasa hujan, tapi hatiku tidak sedingin suasana itu. Aku yakin esok hari, sang suria pasti kembali bersinar membawa harapan baru untuk umat manusia membuka lembaran baru hidup mereka begitu juga aku. Dan hari tu, aku terlupa, malam cutiku yang lepas iaitu hari Khamis malam Jumaat, aku menonton satu filem Korea bertajuk 'C est Si Bon yang mengisahkan tentang anak muda Korea di zaman dulu (tak pasti 70-an ker 80-an ker, 60-an ker, 50-an ker 40-an) yang mengejar cita-cita di kota Seoul sebagai anak seni. Ada yang jadi pelakon dan penyanyi. Tapi, seperti kebiasaannya, selepas berjaya mereka disahkan terlibat kes memiliki dan menghisap ganja seperti yang berlaku pada penyanyi-penyanyi Rock tanah air kita di era 80-an dan penyanyi-penyanyi Amerika Syarikat dari dulu sehingga sekarang. Sedikit sebanyak cerita itu memberi pengajaran buatku seperti lelaki dan perempuan sama dalam perhubungan. Masing-masing boleh menyakiti yang lain cuma majoriti kalangan lelaki yang menyakiti wanita. Lelaki yang dikhianati wanita dalam cerita itu akhirnya bercerai dengan suaminya beberapa tahun kemudian yang dikahwininya selepas memainkan perasaan pelakon utama cerita ini dan terpaksa membesarkan anak-anaknya sendiri. Ia juga mengingatkan aku akan sebuah filem Thai yang pernah aku tonton berjudul 'One Day' dimana seorang lelaki yang berharap untuk menjadi kekasih seorang wanita yang diketahui seluruh kakitangan syarikat dimana wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan bos besar yang sudah mempunyai isteri. Syarikat itu pula mengadakan percutian dengan seluruh kakitangan syarikat untuk ke Sapporo, Jepun. Ditakdirkan di situ, bos besar dihubungi isterinya memberitahu akan kehamilannya. Wanita simpanan bos besar itu terdengar dan pasti bos besar itu takkan mengahwininya selepas kelahiran anak ketiga bos besar itu. Dirundung kesedihan, wanita itu berjalan tanpa tujuan ke bukit berdekatan yang sedang dilanda ribut salji. Bos besar itu sudah pulang ke Thailand. Kakitangan syarikat yang lain sudah bergerak ke destinasi percutian lain. Wanita itu juga sempat menghantar mesej ke bos itu yang menyatakan dia akan pulang ke Thailand. Lelaki yang meminatinya yang mencarinya di bukit itu dan menemukan dia terbaring di atas salji. Selepas dibawa ke doktor, doktor menyatakan kepada lelaki itu bahawa wanita itu mengalami sejenis penyakit yang jarang berlaku di mana dia tidak ingat memorinya 3 tahun ke belakang dan akan mengingatinya semula esok pagi. Tapi, setelah hari esok, dia takkan mengingati hari ini seperti hari ini tidak wujud untuknya. Lelaki itu tahu hajatnya sudah termakbul setelah dia berhajat pada sebuah loceng di resort itu untuk menjadi kekasih wanita itu walau hanya sehari. Jadi, lelaki itu menyatakan mereka adalah kekasih dan menikmati percutian bersama sehinggalah lelaki itu memberitahu hal sebenar. Wanita itu tidak menyangka dirinya semurah itu sanggup menjadi wanita simpanan bos besarnya dan berasa kasihan pada lelaki itu kerana reaksi pertamanya terhadap lelaki itu adalah seperti yang dijangkakan. Sangat teruk. Semoga kisah ini menjadi penguat semangatku. Jadi, harap-harap harini mudah, lancar, senang dan tenang serta gembira untuk diriku lalui. pagi ni, ada pulak orang lain yang baring di sofa tempat selalu aku baring di masjid saujana ini sementara menunggu jam 9:20 untuk pergi ke kedai tempat aku bekerja.
Isnin, 8 Oktober 2018
Permulaan yang baik
Semalam hari yang baik lagi untukku. Aku sudah hampir mahir mencantum lengan pada badan baju. Yelah, tetas jugak sekali dua tapi tak sebanyak dulu. Aku bukannyer tak reti cantum lengan tapi cara akak majikanku adalah cara di giat yang baru aku fahami sedangkan cara aku mencantum lengan di rumah adalah lebih mudah kerana panjang bukaan lengan atau keliling ketiak pada badan baju dan lengan baju adalah sama. Tetapi, cara akak majikanku dan cara giat yang pernah aku pelajari akan mengedutkan sedikit hujung basi cantuman ketiak lengan tapi tak terlipat. Agak sukar pada mulanya tetapi akhirnya aku faham dan boleh melakukannya. Semalam siap satu blouse wanita untuk kanak-kanak. Tangan trompet susun dan ropol susun pada bawah baju yang sedikit sebanyak mengambil masaku kerana menyusun ropol untuk nampak sekata agak sukar. Lapik leher juga aku pelajari cara baru yang aku belum fahami sepenuhnya. Aku siap jahit silang pangkah pada pukul 6:55. Kemudian, aku terus melihat lokasi bas smart melalui aplikasi SITS. Bas tak kunjung tiba. Aku malas untuk menunggu di kedai kerana badan sudah penat menjahit baju seharian. Jadi, aku minta diri untuk ke kedai FBA untuk membeli barang-barang jahitan. Aku membeli tapak zip sorok untuk mesin emakku iaitu mesin singer kepala hitam zaman 80-an dulu dan satu zip sorok berwarna hitam. Kemudian aku pulang ke kedai dan memasukkan barang-barang tadi ke dalam begku. Aku meminta diri untuk pulang dan terus melangkah ke kedai mamak Fareed. Aku memesan air Teh O Ais Limau dan menatap aplikasi SITS tadi. Banyak lagu yang berjaya aku muat-turun menggunakan wifi kedai mamak tadi. Tiba-tiba, angin menderu dengan kencangnya membawa hujan yang lebat. Aku sudah melihat langit mendung petang tadi dan sudah hujan pun sekali. Tapi, aku tidak menyangka hujan turun lagi di malam hari. Kemudian, aku terus ke bustop sambil memakai sweater hitam setelah hujan menjadi rebas. Bas pun sampai dan naikinya. Setibanya di rumah, seperti biasa aku mandi dan makan. Ayam golek semalam masih ada dan emak memasak Gulai Lemak Putih Kobis. Setelah selesai makan dan abangku keluar, aku meminta emak memijak belakang badanku. Beberapa kali bunyi 'prap' kedengaran menandakan tulang belakangku sudah lurus. Selepas itu, aku meminta emak memijak tapak kakiku. Tapak kakiku yang kanan jugak berdetak. Sedap rasa badan selepas itu Aku harap harini juga hari yang baik untuk aku lalui dengan mudah, lancar, senang, tenang dan gembira. Amin.... Wish me luck, guys
Ahad, 7 Oktober 2018
Kembali
Hari Sabtu lepas, bermati-matian aku cuba menyiapkan sehelai blouse wanita tapi tak siap jugak. Harap-harap harini siap dengan mudah. Hari Sabtu tu juga aku belajar cara lain menjahit zip sorok dan membuat lapik leher tapi tak sempat cantum pada baju. Jam sudah pukul 7, aku baru siap jahit tepi lapik leher blouse itu dan terus duduk di mesinku. Aku membuka begku dan mencapai botol air untuk diminum kerana tekak sudah kering. Botol sudah di tangan. Sebelum aku membuka botol, aku melihat bas di mana menerusi aplikasi SITS. Terus aku terhenti sejenak melihat lokasi bas kini sudah melalui Taman Seri Alam dan menujukkan 7 minit lagi untuk tiba di bustop tempat aku selalu menunggu bas. Aku terus meminta kebenaran untuk pulang dari majikanku kerana bas yang semakin hampir. Setibanya aku di bustop, 4 minit masih berbaki. Aku sudah tercungap-cungap. Aku tak sempat minum di kedai tadi kerana kelam kabut untuk mengejar bas. Akhirnya sampai juga bas dan aku naikinya. Abang pengurus bas itu berkata 'sempat kan? Isnin ni kalau time macam ni kau dah terlepas dah. Ni sebab bas lewat sikit'. Aku tanya 'Jadi, kalau isnin nanti pukul 7 sharplah bas sampai sini'. Abang tu berkata ya. Aku hanya duduk dan berkata oh tanda faham. Aku habis waktu kerja pukul 7. Mana boleh keluar sebelum pukul 7. Takpelah. Tapi, malam itu sebelum pukul 8 malam aku sudah tiba di rumah. Orang mengantuk, disorongkan bantal. Aku tiba di rumah dengan perut yang kelaparan sambil menatap sajian enak di atas meja makan. Harini emak memasak spaghetti berkuah campur Cabonara dan Bolognese. Aku makan selepas siap mandi dan pakai baju. Memikirkan keesokan hari adalah hari cuti, aku bertekad untuk tidur lambat. Tapi sayangnya, walaupun TV ada berpuluh saluran, tapi malam itu, rancangan yang menarik tiada. Kemudian, aku terbuka saluran Diva Universal dan terus asyik menonton telemovie berjudul 'Accidentally Engaged'. Aku menontonnya sehingga pukul 12:15. Telemovie yang ditayangkan di saluran ini acap kali menjadi tontonanku kerana di zaman ini, sukar untuk kita cari telemovie orang putih yang tidak berbaur lucah dan kekejaman. Jadi, telemovie-telemovie yang ditayangkan di saluran ini banyak memaparkan konsep bersahaja, background cerita di tempat yang tenang dan penamat indah tapi logik. Ianya sedikit sebanyak menenangkan jiwa aku untuk menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini. Antara telemovie Diva Universal yang aku minat ialah Pumpkin pie wars, Bridal Bootcamp, Teagarden Mystery Series, Perfect Catch dan banyak lagi. Akhirnya, malam itu, aku puas tidur dan tiada gangguan kecuali di pukul 7 pagi, kakiku mengalami masalah kekejangan otot. Semalam hari Ahad, hari cutiku. Aku ingat hanya mahu bersenang lenang di atas sofa di ruang tamu rumahku sepanjang hari tetapi semalam semua adik-beradikku berkumpul dan pukul 2-3, kami keluar ke Parkson di One Utama kerana kakak sulongku ingin menghabiskan voucher RM200 Parkson nya. Pukul 7, kami tiba di rumah dan makan ayam golek dan apam balik Nutella. Semalam juga kali pertama aku makan Sandwich dari kedai Subway. Pada malam hari, setelah kakak-kakakku pulang dan abangku keluar entah ke mana, aku merendam kakiku di dalam air panas yang bergaram. Kemudian, aku tidur jam 11. Dan harini aku memulakan minggu ke-3 aku bekerja. Harap-harap harini dan minggu ini akan lebih mudah, tenang, lancar, gembira dan tiada kesalahan yang aku lakukan. Dan malam ni, aku akan mula menjual baju di Shopee. Harap-harap berjaya. Wish me good luck.
Jumaat, 5 Oktober 2018
Doa Terkabul, Hajat Termakbul
Semalam hari Jumaat. Seperti kebiasaannya, tengah hari aku sudah ke masjid dari kedai. Walaupun pagi itu, kerja aku tidak cukup memuaskan tapi aku yakin selepas solat Jumaat, hidupku lebih terurus dan mudah. Selepas solat Jumaat, aku masuk ke kedai dan makan roti tiga lapis berinti mentega kacang seperti hari-hari yang lepas. Kemudian, aku kembali menetas jahitan. Tidak sampai 15 minit setelah aku masuk kerja, bekalan elektrik terputus memberikan aku masa yang lebih untuk menetas. Selesai menetas, aku sambung menunggu bekalan elektrik ada. Kira-kira 2 jam suku elektrik terputus dan kembali tersambung jam 4:25 petang. Aku kembali menjahit blouse itu. Aku siap bahagian terakhir blouse itu iaitu bahagian leher dengan teknik piping pukul 6:50. Seperti kebiasaannya, aku tak tahu nak buat apa. Jadi aku menyorok di dalam jamban sambil menunggu pukul 7 tamat waktu kerja. Dua minit sebelum tamat waktu kerja, aku sudah di mesinku. Bila tepat pukul 7, aku minta diri untuk keluar makan. Aku pergi meninjau ke kedai pembekal barang jahitan FBA dan membeli satu zip seluar dan snipers atau kacip. Kemudian, aku pergi meninjau SU Mall yang aku sangkakan betul-betul Mall tapi cuma bangunan besar rumah-rumah kedai. Aku pergi mencari Mini Pos Malaysia tapi tak berjaya menjumpainya. Kemudian aku terus ke kedai mamak Fareed yang berdepan dengan bustop tempat aku selalu menunggu bas dan melayari internet dengan kemudahan wifi yang tersedia. Perutku juga sudah berkeroncong irama apa entah. Jadi, aku bertanya harga Maggie goreng. Dia kater RM 5. Dia tanya pada aku, nak campur ayam? Kalau campur ayam RM 8. Aku cakap tak payah. Setelah aku rasa, biasa saja Maggie gorengnya. Kemudian aku pergi ke bustop. Awal pula bas malam ni. Getus hatiku. Yelah, biasanya aku pulang ke rumah hampir pukul 10. Tapi malam tadi, pukul 9:15 aku sudah ada di rumah. Akak pekerja Israk Optic tidak kelihatan lagi malam itu. Malam sebelumnya, aku pula yang tiada. Harap-harap harini mudah macam semalam. Lagipun, esok aku cuti. Harap-harap best sikitlah hari sebelum cuti. Baru tenang hatiku walau cuti hanya sehari. Kui kui kui kui kui kui kui kui kui kui kui kui kui kui...... Tapi, selalu terjadi, selepas solat Jumaat mesti hidup aku lebih baik, mudah, lancar, senang dan tenang. Mungkin itu hikmah di sebalik ibadah yang baru aku sedar setelah 20 tahun hidup di dunia yang fana ini.
Khamis, 4 Oktober 2018
Hasrat hati
Hari Rabu lepas, hari ke-9 aku bekerja dalam minggu ke-2. Masalah baru timbul bila aku disuruh menjahit baju blouse wanita kain licin setelah siap sampin seragam sekolah agama yang terakhir. Kain itu rosak jadinya kerana banyak benang tertarik. Aku tidak menyangka jarum tumpul kerana jarum baru ditukar hari sebelumnya. Pada rehat tengah hari itu, aku menghubungi emak kerana aku tidak sanggup untuk meneruskan lagi. Emak menyuruh aku bersabar. Jikalau aku berhenti sekarang, nanti nak buat apa di rumah? Jualan online di Shopee belum tentu untung kerana kita belum mulakan lagi. Betul juga kata emak. Mahu tak mahu, aku kena bersabar menghadap semua ini. Emak suruh aku mengambil cuti hari khamis esoknya jika aku stress. Nasib baiklah keesokan harinya, abahku ada appointment medical checkup di Klinik Kuang. Aku menjadikannya satu alasan untuk aku meminta cuti dari majikanku. Puas aku mencantum lengan tetapi tidak ngam-ngam. Ketiak lengan baju lebih besar dari ketiak badan baju. Ini mungkin kerana majikanku menggunakan cara di giat. Hasilnya, bas pada bahagian ketiak lengan akan terlebih-lebih. Pabila pukul 7:30, aku minta untuk pulang ke rumah. Majikanku melihat hasil kerjaku. Aku meminta untuk membawa baju ini ke rumah untuk ditetas dan digosok lalu meminta cuti esok harinya. Permintaanku diterima. Aku pulang ke rumah, baju jubah jiranku sudah siap dijahit emak. Jadi, aku fikirkan bolehlah aku mulakan menghasilkan baju contoh untuk gambar di Shopee. Baju contoh mestilah mengikut saiz emak supaya tak rugi. Tapi, emak keletihan dan langkahku diinjak keesokan harinya. Pagi khamis, emak sibuk memandikan abahku yang terlantar sakit stroke, membasuh baju, menyidai pakaian, memasak dan mengemas dapur. Emak berkata lepas appointment abahlah. Pukul 2:45, pakcikku tiba dengan keretanya Ixora. Kami pergi ke Klinik Kuang untuk appointment abah. Kami sampai pukul 3 dan tiba semula di rumah pukul 4. Emak dan aku terus mula menghasilkan pola baju, memotong kain dan terus menjahit tepi. Aku harap sangat emak boleh menyiapkan kedua-duanya esok kerana lagi cepat aku tahu pasaran di Shopee, lagi cepat hatiku lapang. Aku berharap baju kami akan laris dengan harga RM 25 sepasang blouse wanita. Dan aku berharap harini lebih baik kerana hatiku sentiasa tak tenteram. Harap-harap kerja harini mudah. Amin... Tapi, kalau laku blouse wanita tu, aku terus resign. Wish me luck
Selasa, 2 Oktober 2018
Hati aku Okay
Semalam aku berjaya menyiapkan tiga helai kain sampin seragam sekolah agama. Agak sukar kerana aku terpaksa menetas pinggangnya yang sudah dijahit tepi kerana cantuman lisu hadapan tidak cukup panjang. Diikutkan hati, mahu aku siapkan keempat-empatnya semalam tapi, perut sudah berkeroncong. Jadi, aku pulang jam 8. Sambil menunggu bas di bustop, aku makan burger. Pagi tadi, abang driver bas yang mengamuk hari tu minta maaf. Dia kata dia marah pasangan kemboja tu yang disangkanya Bangla. Aku cakap aku tidak ambil hati pun. Harini, aku cuba untuk menaiki bas selepas pukul 8 pagi. Harap-harap berjaya. Harap-harap, harini lebih baik. Jubah jiran yang mak aku jahit pun tinggal silang pangkah, pasang poket sisi dan kelim bawah baju jer. Aku ingat nak start baju contoh blouse untuk jual di Shopee tu, tapi malam tadi mak aku masih sibuk menjahit jubah jiranku itu.
Isnin, 1 Oktober 2018
Hari Jadi Tak Semestinya Indah
Semalam umurku telah meningkat genap 20 tahun. Masih terkilan kerana di usia ini, aku masih mencari jalan untuk menyamatarafkan kehidupanku dengan taraf kehidupan rakan-rakanku yang lain. Ada yang sedang melanjutkan pelajaran di menara gading, ada yang sudah membina kerjaya dan ada yang sudah melepasi alam perkahwinan. Bila aku bandingkan taraf hidupku, aku berasa sangat sedih. Tinggal di rumah sewa. Tahap pendidikan SPM. Kerjaya sedang dibina. Kewangan belum kukuh. Aduhai. Semalam juga, moodku menurun sikit kerana mesin jahitku tidak boleh menjahit pengeras berlapik getah pada hujung pinggang kain. Berkali-kali aku menetas sehingga aku terpaksa menukar mesin. Selepas habis waktu kerja, aku pulang ke rumah membawa bersama sekotak kek Tiramisu. Malam yang sama membosankan kerana tiada rancangan tv yang menarik. Aku membantu emak memotong kain yang jiranku tempah untuk dibuat jubah. Tepat pukul 11, aku masuk tidur. Aku tertanya, bila semua ini akan berakhir. Emak sudah berusaha dari zaman mudanya tapi masih tak senang. Adakah nasib kami sekeluarga hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Haish, aku harap sangat jika aku mulakan jualan di Shopee nanti berjaya. Aku harap sangat kehidupan kami akan jadi lebih baik. Susah jadi orang bandar kalau sama jadi miskin, orang sekeliling semua dapat apa yang mereka mahu tapi kita, hanya menahan rasa cemburu akan kesenangan orang lain. Harap harini lebih baik dari semalam. Pengajaran, jangan harapkan apa-apa semasa hari jadi.
Kemewahan Bukannya Seindah Yang Kusangka
Sabtu yang lepas adalah hari terakhir aku berkhidmat di sebuah butik di Saujana Utama. Semuanya berjalan lancar hingga ke detik akhir ketika...