Semalam hari Jumaat. Seperti kebiasaannya, tengah hari aku sudah ke masjid dari kedai. Walaupun pagi itu, kerja aku tidak cukup memuaskan tapi aku yakin selepas solat Jumaat, hidupku lebih terurus dan mudah. Selepas solat Jumaat, aku masuk ke kedai dan makan roti tiga lapis berinti mentega kacang seperti hari-hari yang lepas. Kemudian, aku kembali menetas jahitan. Tidak sampai 15 minit setelah aku masuk kerja, bekalan elektrik terputus memberikan aku masa yang lebih untuk menetas. Selesai menetas, aku sambung menunggu bekalan elektrik ada. Kira-kira 2 jam suku elektrik terputus dan kembali tersambung jam 4:25 petang. Aku kembali menjahit blouse itu. Aku siap bahagian terakhir blouse itu iaitu bahagian leher dengan teknik piping pukul 6:50. Seperti kebiasaannya, aku tak tahu nak buat apa. Jadi aku menyorok di dalam jamban sambil menunggu pukul 7 tamat waktu kerja. Dua minit sebelum tamat waktu kerja, aku sudah di mesinku. Bila tepat pukul 7, aku minta diri untuk keluar makan. Aku pergi meninjau ke kedai pembekal barang jahitan FBA dan membeli satu zip seluar dan snipers atau kacip. Kemudian, aku pergi meninjau SU Mall yang aku sangkakan betul-betul Mall tapi cuma bangunan besar rumah-rumah kedai. Aku pergi mencari Mini Pos Malaysia tapi tak berjaya menjumpainya. Kemudian aku terus ke kedai mamak Fareed yang berdepan dengan bustop tempat aku selalu menunggu bas dan melayari internet dengan kemudahan wifi yang tersedia. Perutku juga sudah berkeroncong irama apa entah. Jadi, aku bertanya harga Maggie goreng. Dia kater RM 5. Dia tanya pada aku, nak campur ayam? Kalau campur ayam RM 8. Aku cakap tak payah. Setelah aku rasa, biasa saja Maggie gorengnya. Kemudian aku pergi ke bustop. Awal pula bas malam ni. Getus hatiku. Yelah, biasanya aku pulang ke rumah hampir pukul 10. Tapi malam tadi, pukul 9:15 aku sudah ada di rumah. Akak pekerja Israk Optic tidak kelihatan lagi malam itu. Malam sebelumnya, aku pula yang tiada. Harap-harap harini mudah macam semalam. Lagipun, esok aku cuti. Harap-harap best sikitlah hari sebelum cuti. Baru tenang hatiku walau cuti hanya sehari. Kui kui kui kui kui kui kui kui kui kui kui kui kui kui...... Tapi, selalu terjadi, selepas solat Jumaat mesti hidup aku lebih baik, mudah, lancar, senang dan tenang. Mungkin itu hikmah di sebalik ibadah yang baru aku sedar setelah 20 tahun hidup di dunia yang fana ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan