Lama tak update blog. Sejak 25 haribulan yang lepas, sejak aku menghantar resume melalui indeed untuk memohon jawatan kosong tukang jahit manik di sebuah butik ternama di Taman Tun Dr Ismail. Tiada email, panggilan mahupun mesej di what's app. Abangku aku bertanya tentang progress resume aku. Dapat kerja ker tak? Tiap kali aku balik kerja. Aku tahu dia takkan berhenti bising. Jadi, aku terus mencari kerja kosong tukang jahit. Kemudian, aku jumpa jawatan kosong tukang jahit tepi tudung sahaja di Shah yang menawarkan gaji yang lumayan. Namun, tiada kekosongan. Aku tak tahu ke mana lagi arah yang harusku tuju. Fikiranku mulai buntu. Sampai bila harus begini. Aku mahu setaraf kawan-kawanku. Aku perlu setaraf mereka. Walaupun aku mulai mahir menjahit di butik tempat aku bekerja sekarang tetapi aku tak pasti berapalah gaji aku nanti. Sedihnyer..... Wish me luck for a better future.... Insha-Allah. Amin. Kalau ada kerja kosong tukang jahit separa mahir, sendlah sini ya. To all my readers....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kemewahan Bukannya Seindah Yang Kusangka
Sabtu yang lepas adalah hari terakhir aku berkhidmat di sebuah butik di Saujana Utama. Semuanya berjalan lancar hingga ke detik akhir ketika...
-
Lama tak update blog. Sejak 25 haribulan yang lepas, sejak aku menghantar resume melalui indeed untuk memohon jawatan kosong tukang jahit ma...
-
Semalam hari yang baik untuk aku. Aku hanya menyiapkan sehelai kain belah pada pukul 3. Kemudian, aku terus disuruh menjahit silang pangkah ...
-
Sedihnya hati aku bila memikirkan hal semalam. Sudah 4 hari aku menjahit kain, tetapi semalam masih lagi aku mengambil masa menjahit sehelai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan