Selepas aku mengiklankan pencarian kerja kosong tukang Jahit Manik di majalah.com hari selasa lepas, ada seseorang wanita yang memanggil dirinya 'Kak S' mengeteks aku melalui WhatsApp. Dia terbaca iklan aku dan dia kenal seseorang yang memerlukan tukang Jahit Manik dan dia menghantar nombor kenalannya itu. Setelah bermesej panjang lebar dengan kenalannya, aku bersetuju untuk datang temuduga hari Jumaat semalam di Desa Sri Hartamas. Kedainya akan berpindah ke Shah Alam. Jadi, pada mulanya aku ingatkan temuduga di Shah Alam tetapi di KL. Aku ingatkan latihan akan diberi kerana di dalam iklan aku, aku sudah mengatakan aku tiada pengalaman menjahit Manik tapi boleh belajar. Dia juga kata tempoh internship sepatutnya 6 bulan dik, tak cukup lagi ni. Aku tak tahulah apa akan jadi. Kalau tak dapat, mungkin aku dah boleh agak tetapi aku kena terus mencari peluang pekerjaan tukang Jahit yang baru. Kalau dapat, aku tak pasti aku boleh buat atau tidak. Aku masih dibelenggu kemurungan. Ya Allah, bantulah aku. Apa yang harus aku lakukan. Still hurts inside. Sebelum ni aku sentiasa cuba fikir positif dan elak untuk fikir negatif untuk semua peluang pekerjaan. Tapi. Semuanya tak menjadi seperti yang kuharapkan. Betapa pedihnya realiti untuk aku tempuhi hari demi hari.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan