Khamis, 4 Oktober 2018

Hasrat hati

Hari Rabu lepas, hari ke-9 aku bekerja dalam minggu ke-2. Masalah baru timbul bila aku disuruh menjahit baju blouse wanita kain licin setelah siap sampin seragam sekolah agama yang terakhir. Kain itu rosak jadinya kerana banyak benang tertarik. Aku tidak menyangka jarum tumpul kerana jarum baru ditukar hari sebelumnya. Pada rehat tengah hari itu, aku menghubungi emak kerana aku tidak sanggup untuk meneruskan lagi. Emak menyuruh aku bersabar. Jikalau aku berhenti sekarang, nanti nak buat apa di rumah? Jualan online di Shopee belum tentu untung kerana kita belum mulakan lagi. Betul juga kata emak. Mahu tak mahu, aku kena bersabar menghadap semua ini. Emak suruh aku mengambil cuti hari khamis esoknya jika aku stress. Nasib baiklah keesokan harinya, abahku ada appointment medical checkup di Klinik Kuang. Aku menjadikannya satu alasan untuk aku meminta cuti dari majikanku. Puas aku mencantum lengan tetapi tidak ngam-ngam. Ketiak lengan baju lebih besar dari ketiak badan baju. Ini mungkin kerana majikanku menggunakan cara di giat. Hasilnya, bas pada bahagian ketiak lengan akan terlebih-lebih. Pabila pukul 7:30, aku minta untuk pulang ke rumah. Majikanku melihat hasil kerjaku. Aku meminta untuk membawa baju ini ke rumah untuk ditetas dan digosok lalu meminta cuti esok harinya. Permintaanku diterima. Aku pulang ke rumah, baju jubah jiranku sudah siap dijahit emak. Jadi, aku fikirkan bolehlah aku mulakan menghasilkan baju contoh untuk gambar di Shopee. Baju contoh mestilah mengikut saiz emak supaya tak rugi. Tapi, emak keletihan dan langkahku diinjak keesokan harinya. Pagi khamis, emak sibuk memandikan abahku yang terlantar sakit stroke, membasuh baju, menyidai pakaian, memasak dan mengemas dapur. Emak berkata lepas appointment abahlah. Pukul 2:45, pakcikku tiba dengan keretanya Ixora. Kami pergi ke Klinik Kuang untuk appointment abah. Kami sampai pukul 3 dan tiba semula di rumah pukul 4. Emak dan aku terus mula menghasilkan pola baju, memotong kain dan terus menjahit tepi. Aku harap sangat emak boleh menyiapkan kedua-duanya esok kerana lagi cepat aku tahu pasaran di Shopee, lagi cepat hatiku lapang. Aku berharap baju kami akan laris dengan harga RM 25 sepasang blouse wanita. Dan aku berharap harini lebih baik kerana hatiku sentiasa tak tenteram. Harap-harap kerja harini mudah. Amin... Tapi, kalau laku blouse wanita tu, aku terus resign. Wish me luck

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kemewahan Bukannya Seindah Yang Kusangka

Sabtu yang lepas adalah hari terakhir aku berkhidmat di sebuah butik di Saujana Utama. Semuanya berjalan lancar hingga ke detik akhir ketika...