Hari Sabtu lepas, bermati-matian aku cuba menyiapkan sehelai blouse wanita tapi tak siap jugak. Harap-harap harini siap dengan mudah. Hari Sabtu tu juga aku belajar cara lain menjahit zip sorok dan membuat lapik leher tapi tak sempat cantum pada baju. Jam sudah pukul 7, aku baru siap jahit tepi lapik leher blouse itu dan terus duduk di mesinku. Aku membuka begku dan mencapai botol air untuk diminum kerana tekak sudah kering. Botol sudah di tangan. Sebelum aku membuka botol, aku melihat bas di mana menerusi aplikasi SITS. Terus aku terhenti sejenak melihat lokasi bas kini sudah melalui Taman Seri Alam dan menujukkan 7 minit lagi untuk tiba di bustop tempat aku selalu menunggu bas. Aku terus meminta kebenaran untuk pulang dari majikanku kerana bas yang semakin hampir. Setibanya aku di bustop, 4 minit masih berbaki. Aku sudah tercungap-cungap. Aku tak sempat minum di kedai tadi kerana kelam kabut untuk mengejar bas. Akhirnya sampai juga bas dan aku naikinya. Abang pengurus bas itu berkata 'sempat kan? Isnin ni kalau time macam ni kau dah terlepas dah. Ni sebab bas lewat sikit'. Aku tanya 'Jadi, kalau isnin nanti pukul 7 sharplah bas sampai sini'. Abang tu berkata ya. Aku hanya duduk dan berkata oh tanda faham. Aku habis waktu kerja pukul 7. Mana boleh keluar sebelum pukul 7. Takpelah. Tapi, malam itu sebelum pukul 8 malam aku sudah tiba di rumah. Orang mengantuk, disorongkan bantal. Aku tiba di rumah dengan perut yang kelaparan sambil menatap sajian enak di atas meja makan. Harini emak memasak spaghetti berkuah campur Cabonara dan Bolognese. Aku makan selepas siap mandi dan pakai baju. Memikirkan keesokan hari adalah hari cuti, aku bertekad untuk tidur lambat. Tapi sayangnya, walaupun TV ada berpuluh saluran, tapi malam itu, rancangan yang menarik tiada. Kemudian, aku terbuka saluran Diva Universal dan terus asyik menonton telemovie berjudul 'Accidentally Engaged'. Aku menontonnya sehingga pukul 12:15. Telemovie yang ditayangkan di saluran ini acap kali menjadi tontonanku kerana di zaman ini, sukar untuk kita cari telemovie orang putih yang tidak berbaur lucah dan kekejaman. Jadi, telemovie-telemovie yang ditayangkan di saluran ini banyak memaparkan konsep bersahaja, background cerita di tempat yang tenang dan penamat indah tapi logik. Ianya sedikit sebanyak menenangkan jiwa aku untuk menghadapi dunia yang penuh pancaroba ini. Antara telemovie Diva Universal yang aku minat ialah Pumpkin pie wars, Bridal Bootcamp, Teagarden Mystery Series, Perfect Catch dan banyak lagi. Akhirnya, malam itu, aku puas tidur dan tiada gangguan kecuali di pukul 7 pagi, kakiku mengalami masalah kekejangan otot. Semalam hari Ahad, hari cutiku. Aku ingat hanya mahu bersenang lenang di atas sofa di ruang tamu rumahku sepanjang hari tetapi semalam semua adik-beradikku berkumpul dan pukul 2-3, kami keluar ke Parkson di One Utama kerana kakak sulongku ingin menghabiskan voucher RM200 Parkson nya. Pukul 7, kami tiba di rumah dan makan ayam golek dan apam balik Nutella. Semalam juga kali pertama aku makan Sandwich dari kedai Subway. Pada malam hari, setelah kakak-kakakku pulang dan abangku keluar entah ke mana, aku merendam kakiku di dalam air panas yang bergaram. Kemudian, aku tidur jam 11. Dan harini aku memulakan minggu ke-3 aku bekerja. Harap-harap harini dan minggu ini akan lebih mudah, tenang, lancar, gembira dan tiada kesalahan yang aku lakukan. Dan malam ni, aku akan mula menjual baju di Shopee. Harap-harap berjaya. Wish me good luck.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan