Semalam hari yang baik lagi untukku. Aku sudah hampir mahir mencantum lengan pada badan baju. Yelah, tetas jugak sekali dua tapi tak sebanyak dulu. Aku bukannyer tak reti cantum lengan tapi cara akak majikanku adalah cara di giat yang baru aku fahami sedangkan cara aku mencantum lengan di rumah adalah lebih mudah kerana panjang bukaan lengan atau keliling ketiak pada badan baju dan lengan baju adalah sama. Tetapi, cara akak majikanku dan cara giat yang pernah aku pelajari akan mengedutkan sedikit hujung basi cantuman ketiak lengan tapi tak terlipat. Agak sukar pada mulanya tetapi akhirnya aku faham dan boleh melakukannya. Semalam siap satu blouse wanita untuk kanak-kanak. Tangan trompet susun dan ropol susun pada bawah baju yang sedikit sebanyak mengambil masaku kerana menyusun ropol untuk nampak sekata agak sukar. Lapik leher juga aku pelajari cara baru yang aku belum fahami sepenuhnya. Aku siap jahit silang pangkah pada pukul 6:55. Kemudian, aku terus melihat lokasi bas smart melalui aplikasi SITS. Bas tak kunjung tiba. Aku malas untuk menunggu di kedai kerana badan sudah penat menjahit baju seharian. Jadi, aku minta diri untuk ke kedai FBA untuk membeli barang-barang jahitan. Aku membeli tapak zip sorok untuk mesin emakku iaitu mesin singer kepala hitam zaman 80-an dulu dan satu zip sorok berwarna hitam. Kemudian aku pulang ke kedai dan memasukkan barang-barang tadi ke dalam begku. Aku meminta diri untuk pulang dan terus melangkah ke kedai mamak Fareed. Aku memesan air Teh O Ais Limau dan menatap aplikasi SITS tadi. Banyak lagu yang berjaya aku muat-turun menggunakan wifi kedai mamak tadi. Tiba-tiba, angin menderu dengan kencangnya membawa hujan yang lebat. Aku sudah melihat langit mendung petang tadi dan sudah hujan pun sekali. Tapi, aku tidak menyangka hujan turun lagi di malam hari. Kemudian, aku terus ke bustop sambil memakai sweater hitam setelah hujan menjadi rebas. Bas pun sampai dan naikinya. Setibanya di rumah, seperti biasa aku mandi dan makan. Ayam golek semalam masih ada dan emak memasak Gulai Lemak Putih Kobis. Setelah selesai makan dan abangku keluar, aku meminta emak memijak belakang badanku. Beberapa kali bunyi 'prap' kedengaran menandakan tulang belakangku sudah lurus. Selepas itu, aku meminta emak memijak tapak kakiku. Tapak kakiku yang kanan jugak berdetak. Sedap rasa badan selepas itu Aku harap harini juga hari yang baik untuk aku lalui dengan mudah, lancar, senang, tenang dan gembira. Amin.... Wish me luck, guys
Tiada ulasan:
Catat Ulasan