Selasa, 9 Oktober 2018

Hujan tak bererti sedih

Semalam agak bagus untuk aku. Majikanku pulang ke kampungnya mungkin sehingga Jumaat. Hilang gabraku sedikit. Semalam Kak Nor yang mengajar aku membuat blouse cara lain. Leher piping menggunakan kain perca blouse itu aku sudah gunakan di rumah tetapi caranya yang agak sukar berbanding caraku di rumah. Agak sukar kerana kain piping itu perlu dilipat dua sebelum dijahit satu tapak berbanding caraku yang terus dijahit satu tapak. Kemahiran mencantum lengan juga semakin baik. Tapi, apa yang tidak sempat aku lakukan semalam ialah menjahit butang dan gelung butang. Walaupun semalam senantiasa hujan, tapi hatiku tidak sedingin suasana itu. Aku yakin esok hari, sang suria pasti kembali bersinar membawa harapan baru untuk umat manusia membuka lembaran baru hidup mereka begitu juga aku. Dan hari tu, aku terlupa, malam cutiku yang lepas iaitu hari Khamis malam Jumaat, aku menonton satu filem Korea bertajuk 'C est Si Bon yang mengisahkan tentang anak muda Korea di zaman dulu (tak pasti 70-an ker 80-an ker, 60-an ker, 50-an ker 40-an) yang mengejar cita-cita di kota Seoul sebagai anak seni. Ada yang jadi pelakon dan penyanyi. Tapi, seperti kebiasaannya, selepas berjaya mereka disahkan terlibat kes memiliki dan menghisap ganja seperti yang berlaku pada penyanyi-penyanyi Rock tanah air kita di era 80-an dan penyanyi-penyanyi Amerika Syarikat dari dulu sehingga sekarang. Sedikit sebanyak cerita itu memberi pengajaran buatku seperti lelaki dan perempuan sama dalam perhubungan. Masing-masing boleh menyakiti yang lain cuma majoriti kalangan lelaki yang menyakiti wanita. Lelaki yang dikhianati wanita dalam cerita itu akhirnya bercerai dengan suaminya beberapa tahun kemudian yang dikahwininya selepas memainkan perasaan pelakon utama cerita ini dan terpaksa membesarkan anak-anaknya sendiri. Ia juga mengingatkan aku akan sebuah filem Thai yang pernah aku tonton berjudul 'One Day' dimana seorang lelaki yang berharap untuk menjadi kekasih seorang wanita yang diketahui seluruh kakitangan syarikat dimana wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan bos besar yang sudah mempunyai isteri. Syarikat itu pula mengadakan percutian dengan seluruh kakitangan syarikat untuk ke Sapporo, Jepun. Ditakdirkan di situ, bos besar dihubungi isterinya memberitahu akan kehamilannya. Wanita simpanan bos besar itu terdengar dan pasti bos besar itu takkan mengahwininya selepas kelahiran anak ketiga bos besar itu. Dirundung kesedihan, wanita itu berjalan tanpa tujuan ke bukit berdekatan yang sedang dilanda ribut salji. Bos besar itu sudah pulang ke Thailand. Kakitangan syarikat yang lain sudah bergerak ke destinasi percutian lain. Wanita itu juga sempat menghantar mesej ke bos itu yang menyatakan dia akan pulang ke Thailand. Lelaki yang meminatinya yang mencarinya di bukit itu dan menemukan dia terbaring di atas salji. Selepas dibawa ke doktor, doktor menyatakan kepada lelaki itu bahawa wanita itu mengalami sejenis penyakit yang jarang berlaku di mana dia tidak ingat memorinya 3 tahun ke belakang dan akan mengingatinya semula esok pagi. Tapi, setelah hari esok, dia takkan mengingati hari ini seperti hari ini tidak wujud untuknya. Lelaki itu tahu hajatnya sudah termakbul setelah dia berhajat pada sebuah loceng di resort itu untuk menjadi kekasih wanita itu walau hanya sehari. Jadi, lelaki itu menyatakan mereka adalah kekasih dan menikmati percutian bersama sehinggalah lelaki itu memberitahu hal sebenar. Wanita itu tidak menyangka dirinya semurah itu sanggup menjadi wanita simpanan bos besarnya dan berasa kasihan pada lelaki itu kerana reaksi pertamanya terhadap lelaki itu adalah seperti yang dijangkakan. Sangat teruk. Semoga kisah ini menjadi penguat semangatku. Jadi, harap-harap harini mudah, lancar, senang dan tenang serta gembira untuk diriku lalui. pagi ni, ada pulak orang lain yang baring di sofa tempat selalu aku baring di masjid saujana ini sementara menunggu jam 9:20 untuk pergi ke kedai tempat aku bekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kemewahan Bukannya Seindah Yang Kusangka

Sabtu yang lepas adalah hari terakhir aku berkhidmat di sebuah butik di Saujana Utama. Semuanya berjalan lancar hingga ke detik akhir ketika...