Hari Selasa yang lepas, setelah pulang ke rumah dari tempat kerja. Seperti biasa rutinku, aku akan mandi terlebih dahulu kemudian makan malam. Sambil aku makan, mencari rancangan yang menarik untuk aku tonton malam itu. Namun, tiada apa yang menarik pun untuk aku tonton. Aku cuba memeriksa sekiranya ada rancangan yang menarik di saluran berbahasa Inggeris. Aku berhenti di saluran AXN setelah melihat movie yang ditayangkan adalah cerita hantu berjudul 'Insidious Chapter 3'. Di malam yang kebosanan, cerita hantu pun aku layan. Aku menontonnya dari pukul 8 malam hingga pukul 10 malam. Pukul 10 emak mahu tengok drama Melayu Encik Ngok Ngek. Jadi, aku layan dululah movie aku. Setelah selesai movie itu ditayangkan, aku dapat rasa yang mengujakan. Bagi aku, filem ini bukan sekadar filem hantu yang kosong seperti kebiasaan filem hantu Melayu. Yelah, pengarah filem ni kan pengarah filem yang sama untuk filem 'The Conjuring' yang aku pernah tonton sewaktu aku di bangku sekolah iaitu James Wan. Orang Malaysia tu. Insidious Chapter 3 ni ajar kita benda yang penting. Pertama, terima takdir Tuhan dengan ikhlas dan redha. Kita semua akan mati, orang yang kita sayang juga akan mati. Kalau mereka pergi secara mengejut maksudnya, tak ada tanda-tanda macam sakit, terimalah ketentuan ilahi. Janganlah sampai pergi seru roh arwah tu sebab belum tentu roh arwah tu yang datang. Takut kalau setan yang datang. Kedua, Ilmu sihir, panggil roh dan seangkatan dengannya bukanlah mainan kita umat manusia. Setiap agama mengharamkan pengamalan sihir. Jadi, jangan sesekali mendekatinya. Berani biar bertempat. Kita cuma manusia. Sentiasa ada had atau perbatasan yang kita tak boleh terokai. Ketiga, kita manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang paling sempurna sifatnya. Kita perlu ingat kita lagi kuat dari Syaitan dan Jin. Bukan secara negatif tapi sekiranya kita diganggu oleh makhluk halus, ingatlah yang kita lagi kuat. Jangan biar mereka kuasai kita. Aku masih ingat lagi hampir semua mimpiku ketika aku dikomakan di hospital dulu. Satu persatu mimpi buruk. Mimpi adalah mainan Syaitan. Mimpi juga barangkali petunjuk dari Tuhan. Segala mimpi yang aku lalui ketika itu, seolah-olah menguji keimananku. Ada satu masa, aku tertanya kenapa Tuhan tak tolong aku? Atau mungkin Tuhan tak mampu? Tapi, aku kuatkan imanku. Aku berkata kepada diriku sendiri, Tuhan boleh tolong aku cuma Tuhan tak mahu tolong aku di masa ini kerana mungkin kemahuannya untuk aku lalui semua ini sendiri. Pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya, pasti ada alasannya. Ada perkara yang aku perlu pelajari dari mimpi burukku ini yang tak berkesudahan. Sekaligus, menjadikannya pedoman hidup dan penguat semangat serta azamku untuk berjaya dalam hidup. Wish me luck for a better future.... Amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan