Ahad, 4 November 2018

Hikmah Beban Di Kaki

Hari Khamis yang lepas, aku pergi kerja seperti biasa. Bila turun dari bas, aku terus menunggu pukul 9:20 untuk bergerak ke butik dari masjid saujana. Bila aku mula berjalan ke butik, kakiku terpelecok dan terseliuh. Aku terpaksa menggagahkan diri untuk sampai ke tempat kerja. Dengan kaki yang pedih, aku melintas jalan dengan cepat kerana kereta yang banyak. Aku menuruni tangga terjingkit-jingkit. Kemudian, seperti biasa aku akan singgah di kedai nasi lemak di hadapan SU Mall. Walaupun kedai itu dan butik di arah yang berbeza, tapi memikirkan keadaan kakiku yang sakit. Jadi, aku perlu juga membeli bekalan makanan tengah hari kerana satu penyeksaan sekiranya aku keluar di waktu rehat untuk mencari makanan tengah hari dengan keadaan kakiku yang makin berdenyut. Setibanya di butik, pergerakanku makin terbatas. Pukul 12:30, kakak senior yang sama bekerja di butik itu menghantar aku ke rumah. Majikanku sudah menyuruh aku untuk pulang ke rumah dari pagi lagi tetapi aku enggan kerana aku tidak mahu dipandang sebagai orang yang suka mengambil cuti walaupun hatiku berbunga-bunga apabila diberi cuti. Yelah, aku baru lagi kerja di sini. Rekodku harus dijaga. Jadi, hari Khamis aku half-day. Balik saja dari rumah, aku meletakkan ais pada bahagian kakiku yang sudah bengkak besar. Kemudian, emak mengurut bahagian itu sekuat-kuatnya. Aku mengerang kesakitan. Hari-hari seterusnya, aku merendam kakiku di dalam air panas, tuam, menyapu losyen mustajab dan emak menampal kunyit hidup yang sudah ditumbuk dan dipanaskan pada kakiku. Walaupun panas, kakiku takkan melecur kerana kunyit sifatnya memulihkan luka. Hari ini, isnin 5 hari bulan Disember, aku bekerja semula. Walaupun kaki belum pulih sepenuhnya, dapat melangkah pun cukup baik untukku. Sudah banyak cuti yang aku ambil. Lagipun, hari ini aku harap aku dapat gaji pertamaku. Amin..... Wish me luck for a better future.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kemewahan Bukannya Seindah Yang Kusangka

Sabtu yang lepas adalah hari terakhir aku berkhidmat di sebuah butik di Saujana Utama. Semuanya berjalan lancar hingga ke detik akhir ketika...