Selasa, 6 November 2018

Menanti 3 hari

Hari Isnin tu, aku bekerja seperti biasa. Kakak seniorku tidak hadir kerana bercuti ke Melaka. Sepanjang hari aku menjahit sembat atau silang pangkah, span bahu, butang baju dan palang cangkuk. Hari yang mudah untuk aku. Tapi, gaji masih belum dapat. Majikanku kata harini baru dia bayar kerana gaji aku terlampau sikit apabila dia kira. Yelah, aku lagi banyak kerja jahit tangan dari jahit mesin.  Aku tak kisah pun berapa aku dapat. Tapi, aku rasa majikanku ada ihsan untuk bagi gaji yang sepatutnya. Sebab tu dia mintak tangguh. Dia nak up gaji aku kot. Hihihihihi.... Malam tu, aku pulang lambat kerana bas pukul 7 rosak akibat banjir kilat di Puncak Alam. Aku terpaksa menaiki bas pukul 8:45 malam. Di bustop semasa aku menunggu bas, ada pasangan suami isteri Melayu dengan dua orang anak mereka. Aku berborak dengan lakinya. Abang tu kata dia tinggal di Puncak Alam. Aku tanya, macam mana abang datang sini. Dia jawab naik motor, baru tinggal kat kedai mamak tu. Aku kekhairanan. Aku tanya semula, selamat ker abang tinggalkan motor abang kat situ. Dia cakap dia dah suruh mamak tu tengok-tengokkan. Wah! Orang macam ni pun ada. Yakin betul tinggalkan harta benda kat orang lain. Tak takut hilang ker. Motor tu ramai yang sanggup curi. Kemudian, aku tanya lagi, abang nak ke mana satu family ni? Balik kampung ker? Dia cakap tak, dia nak tidur rumah kakak dia. Rumah kakak abang kat mana? Dia cakap kat jalan mana entah. Oh, kat KL lah. Dia cakap ya. Kemudian bas pun sampai setelah hampir sejam aku menunggu bas sambil mencatu bekalan tenaga telefonku yang hampir ke paras sifarnya. Naik saja bas, aku tanya abang driver bas tu, bas pukul 7 takde dah ker bang? Dia cakap tadi takde sebab bas tu rosak sebab banjir kat Puncak Alam. Dia tanya aku, apa pasal lama tak nampak? Aku cakaplah, kaki terseliuh. Dari hari Khamis lepas cuti. Harini baru start kerja. Dia kata oh lepas tu tanya lagi. Esok kerja tak? Aku cakap tak, esokkan Deepavali. Oh, Deepavali pun cuti jugak. Sampai jer ke rumah, seperti biasa rutinku, aku mandi dan makan malam sambil menonton televisyen. Mak nampak macam tak nak tidur kerana bersemangat untuk memotong kain untuk dibuat skirt kanak-kanak dari kain perca lebihan baju ready-made yang mahu dijual. Aku pula mencari rancangan yang menarik untuk ditonton namun hampa. Tiada rancangan yang menarik di mana-mana saluran TV. Malam tu lewat juga aku masuk tidur. Lebih kurang pukul 2 pagi. Keesokan harinya, hari cuti. Matahari tiada sinarnya. Mendung berselang hujan yang rebas menjadi cuaca harini. Aku memang suka hari cuti sebegini kerana aku jarang keluar berjalan kerana kekangan wang, ketiadaan rakan-rakan penujuk arah mahupun kenderaan pengangkutan. Jadi, kebiasaan hari cutiku hanyalah melingkar di atas katilku sambil diselimuti selimutku yang gebu atau berbaringan di atas sofa panjang di ruang tamu sambil menonton televisyen. Namun, aku gembira hari cutiku seperti itu kerana keluar berjalan sama memenatkan seperti ke tempat kerja. Aku masih teringat tatkala aku di bangku persekolahan. Aku dan rakan-rakanku pergi ke PWTC untuk menghadiri Pesta Buku. Nasib baiklah hari kami pergi hari Sabtu kerana setelah aku pulang ke rumah hari itu, badanku kepenatan. Aku bersyukur masih ada satu hari lagi untuk aku berehat iaitu hari Ahad. Minggu ini, banyak lagi cuti. Selasa cuti Deepavali. Sabtu pun diberi cuti kerana majikanku perlu ke Johor untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya untuk dua hari iaitu Sabtu dan Ahad. Cuti lagilah aku. Sabtu Ahad lepas dahlah cuti. Oh ya,  cuti hujung minggu lepas, aku ada  menonton 2 telemovie berjudul 'Washed Away' dan 'Brimming With Love'. Hero cerita 'Brimming With Love' tu putih pucat. Setelah aku search di internet, dia beribukan wanita Jerman yang lahir di Hamburg manakala ayahnya kacukan Yahudi Polish (orang Poland). Pelakon tu ialah Jonathan Keltz. Saje jer share. So,sekarang ni aku just menanti tiga hari lagi untuk cuti dua hari yang aku rasakan indah. Untuk tiga hari ini, harap-harap semuanya baik, mudah, senang, lancar dan gembira buatku untuk dilalui dengan berlapang dada. Amin.... Wish me luck for a better future....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kemewahan Bukannya Seindah Yang Kusangka

Sabtu yang lepas adalah hari terakhir aku berkhidmat di sebuah butik di Saujana Utama. Semuanya berjalan lancar hingga ke detik akhir ketika...