Sabtu, aku menjahit sehelai blouse seperti biasa. Pukul 7:15 aku sudah di bustop. Driver bas malam tu macam tak nak berhentikan bas. Pintu depan terbuka tapi bas masih bergerak. Aku naik bas dalam keadaan bas yang sedang bergerak. Apabila aku naik, driver bas buat endah tak endah. Kecik besar kecik besar aku tengok dia. Tapi, hari tu aku pulang ke rumah awal. Sebelum pukul 8 malam. Dan hajatku terkabul, lewat malam itu hujan pun turun mendinginkan suasana menyenyakkan lagi tidur. Tapi malam itu, kakakku yang kedua sudah berada di rumah emak bersama kedua-dua anak lelakinya yang masih kecil. Aku tahu, cuti esok pasti tak merehatkan lagi. Tak apalah. Lagipun kakakku ini banyak membantu aku. Seperti yang kusangkakan, hari Ahad aku tak sempat langsung nak mandi kerana menjaga kedua-dua anak buahku kerana kakakku ada kelas PJJ pagi itu. Yang sulong 2 tahun macam gasing. Yang adik asyik-asyik hidung tersumbat pastu nangis melalak. Petang hari ketika adiknya sudah tidur dan abangnya sedang sibuk menonton kartun, aku mahu mandi tapi jiranku pula sibuk menukar bumbung zink baru. Keadaan siling bilik air rumahku yang berlubang menampakkan kerja penukaran atap. Macam mana aku nak mandi kalau ada orang tengok dari atas. Terpaksa aku menanti sehingga waktu yang sesuai. Aku baring seketika di atas katil. Tiba-tiba emak memanggil. Menyuruh aku menjahit baju kakakku. Aduhai, sampai ke senja tak siap-siap. Kalakatu pula semakin banyak jadi lampu semua ditutup. Aku ambil keputusan untuk mandi. Selepas mandi aku menyambung menjahit. Selepas kakakku pulang ke rumahnya di Klang. Aku menyuruh emak memijak belakang badanku. 7 kali bunyi'prap'kedengaran menandakan tulang belakangku sudah lurus. Kemudian aku tidur. Hari cuti yang tidak bermakna sudah berakhir. Minggu kerja ke-4 menjelang tiba. Haish, bilalah nak cuti betul-betul. Baju kakakku yang sulong ada 3 lagi belum terusik. Masih kain lagi. Harap-harap minggu ini lebih baik, mudah, lancar, senang, gembira untuk diriku. Amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan