Dah tiga tahun sejak aku meninggalkan zaman persekolahan tapi aku masih tak boleh move on lagi. Yelah, zaman sekolah tak perlu fikir banyak. Kawan-kawan pun ramai. Bila habis SPM, bapak aku selalu bising-bising kat abang aku suruh dia cari kerja. Abang aku masa tu baru habis STPM. Mendengarkan hal tu, aku cepat-cepat cari kerja sebab takut bapak aku akan beralih ke arah aku pulak. Aku bekerja di AEON One Utama. Mula-mula ramai kawan-kawan aku kerja sekali. Lepas tu, ramai yang berhenti sebab sambung belajar. Tinggal aku sorang-sorang. Badan yang kepenatan dan jiwa yang kemurungan akhirnya menyebabkan aku sikit-sikit mengalami gangguan kesihatan fizikal. Aku mula muntah-muntah, badan berpeluh dan susut serta demam yang tiada kesudahan. Selepas 8 bulan bekerja, aku akhirnya berhenti kerja kerana tahap kesihatan aku yang merosot. Aku nak klaim socso tapi tak boleh sebab minimum nak klaim socso 2 tahun bekerja. Jadi, sakit aku family yang kena tanggung. Aku dimasukkan ke Hospital Universiti tapi berbelas hari aku di wad, hanya sekali rawatan dijalankan. Kakakku mengamuk di depan doktor dan menandatangan borang untuk mengeluarkan aku dari hospital itu. Aku terlantar di rumah. Berjalan ke dapur pun berpeluh. Makan tak lalu. Mak membawa aku ke Klinik 1Malaysia di Saujana Utama. Doktor klinik itu terpaksa menghubungi ambulans lalu menghantar aku ke Hospital Sungai Buloh kerana nadi aku terlalu laju. Aku dimasukkan ke wad kecemasan. Lebih dua bulan aku rasa duduk di Hospital. Badanku yang asalnya seberat 112 kg akhirnya tinggal 49 kg. Aku dikomakan. Leher aku ditebuk untuk melancarkan pernafasan. Seluruh tangan dan kaki habis lebam-lebam kesan jarum. Aku keluar hospital hujung tahun 2016. Sepanjang tahun 2017 aku hanya duduk di rumah. Cuba untuk belakar berdiri dan berjalan semula. Makan ubat yang banyak tiap-tiap hari. Sementara yang lain sudah memasuki semester ketiga untuk yang ambil Form 6. Pertengahan tahun 2018 setelah aku menghabiskan pelajaran 6 bulan aku di giatmara Subang, akhirnya aku disytiharkan sihat. Tapi lubang pada leher aku masih ada. Sehingga kini aku tidak boleh mandi seperti orang biasa. Aku perlu mandi badan dulu. Kemudian, aku tundukkan kepala untuk membasuh rambut dan muka untuk mengelakkan dari air memasuki lubang di leherku. Sakit paru-paru berair dan jangkitan kuman tibi. Walaupun kerja di AEON lebih penat dan susah tetapi bila ramai kawan segala penat dan stress tak terasa. Kerja di butik ni sedikit sebanyak menguatkan rasa rindu aku pada kawan-kawan sepersekolahan. Moga hati aku lebih cekal untuk menghadapi dugaan hidup ini. Moga masa depanku lebih cerah dan baik dan kaya dan sihat. Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan