Semalam umurku telah meningkat genap 20 tahun. Masih terkilan kerana di usia ini, aku masih mencari jalan untuk menyamatarafkan kehidupanku dengan taraf kehidupan rakan-rakanku yang lain. Ada yang sedang melanjutkan pelajaran di menara gading, ada yang sudah membina kerjaya dan ada yang sudah melepasi alam perkahwinan. Bila aku bandingkan taraf hidupku, aku berasa sangat sedih. Tinggal di rumah sewa. Tahap pendidikan SPM. Kerjaya sedang dibina. Kewangan belum kukuh. Aduhai. Semalam juga, moodku menurun sikit kerana mesin jahitku tidak boleh menjahit pengeras berlapik getah pada hujung pinggang kain. Berkali-kali aku menetas sehingga aku terpaksa menukar mesin. Selepas habis waktu kerja, aku pulang ke rumah membawa bersama sekotak kek Tiramisu. Malam yang sama membosankan kerana tiada rancangan tv yang menarik. Aku membantu emak memotong kain yang jiranku tempah untuk dibuat jubah. Tepat pukul 11, aku masuk tidur. Aku tertanya, bila semua ini akan berakhir. Emak sudah berusaha dari zaman mudanya tapi masih tak senang. Adakah nasib kami sekeluarga hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Haish, aku harap sangat jika aku mulakan jualan di Shopee nanti berjaya. Aku harap sangat kehidupan kami akan jadi lebih baik. Susah jadi orang bandar kalau sama jadi miskin, orang sekeliling semua dapat apa yang mereka mahu tapi kita, hanya menahan rasa cemburu akan kesenangan orang lain. Harap harini lebih baik dari semalam. Pengajaran, jangan harapkan apa-apa semasa hari jadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan