Cutiku semalam umpama tidak wujud sama sekali di dalam diari hidupku. Aku pulang ke rumah selepas menggunting rambut di barbershop tepi masjid kampung hari Sabtu malam Ahad itu kira-kira pukul 8 malam. Kakakku yang kedua sudah berada di rumah emak bersama kedua-dua anak lelakinya. Aduhai. Tertangguh lagi rancangan aku hendak berehat dan menjahit baju kakakku yang sulong. Takpelah. Aku perlu bertahan sehingga bulan Mac tahun depan. Dalam masa tu, aku perlu berusaha untuk memajukan bisnes online ku di Shopee. Harap-harap, bulan Mac nanti, bisnes ku sudahpun kukuh. Bolehlah aku berhenti kerja dan fokus sepenuhnya pada bisnes online ku. Sebelah tempat kerja abangku ada perkhidmatan poslaju. Jadi, mudahlah untuk aku menghantar barang. Wish me luck for a better future...... Amin......
Ahad, 21 Oktober 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kemewahan Bukannya Seindah Yang Kusangka
Sabtu yang lepas adalah hari terakhir aku berkhidmat di sebuah butik di Saujana Utama. Semuanya berjalan lancar hingga ke detik akhir ketika...
-
Lama tak update blog. Sejak 25 haribulan yang lepas, sejak aku menghantar resume melalui indeed untuk memohon jawatan kosong tukang jahit ma...
-
Semalam hari yang baik untuk aku. Aku hanya menyiapkan sehelai kain belah pada pukul 3. Kemudian, aku terus disuruh menjahit silang pangkah ...
-
Sedihnya hati aku bila memikirkan hal semalam. Sudah 4 hari aku menjahit kain, tetapi semalam masih lagi aku mengambil masa menjahit sehelai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan