Semalam aku cuti seperti biasa, hari Ahad. Harini aku mula bekerja. Aku tertanya, berapa lama aku harus begini? Hidup tak menentu. Kerja hari Isnin sampai Sabtu. Ahad jer cuti. Bila nak menjahit kat rumah. Sabtu Ahad pun anak buah aku selalu ada. Ahad tu jugaklah aku nak berehat. Kerja aku tak cukup bagus. Gaji pun sikit berdasarkan kemampuan aku. Haih... Hari Sabtu tu aku pulang awal kira-kira pukul 6:30. Setibanya di bustop, barulah emak menghubungi aku untuk mengambil aku di Saujana. Bas tiba lagi seminit. Sudah terlambat emak menghubungi aku. Sampai di rumah, emak dan kakakku yang kedua tak jadi pun untuk pergi ke malam berinai sedara jauh kami di dewan sekolah Sementa. Esoknya baru pergi setelah kakakku pulang dari kelasnya di UITM Puncak Alam. Setelah mereka pergi kira-kira pukul 2 petang. Aku ingat, dapatlah aku berehat. Tapi, kerja-kerja renovation belum selesai. Petang Ahadku didendangkan bunyi dentuman bertali arus dari ketukan tukul besi daripada tukang renovate rumah yang sedang memasang pintu belakang. Kemudian, pekerja Bangla yang menguruskan pendawaian pula memasang lampu di dapur, bilik air dan lubang plug di ruang makan. Abah pula tak mahu masuk ke biliknya. Haish. Aku mahu duduk seorang diri di rumah. Bilalah semua ini akan berakhir. Pukul 5 petang, aku terima satu mesej yang mendukacitakan di grup WhatsApp #TheAlien. Grup WhatsApp untuk rakan-rakan lelakiku sahaja. Bapa kawanku sudah kembali ke rahmatullah pada pukul 4:30 petang semalam. Kesian Firdaus. Takpelah, pasti ada hikmahnya. Jangan putus asa. Kau sedang berjuang di menara gading. Jangan sia-siakan peluang yang kau dapat sebab beribu orang nakkan peluang yang kau dapat. Dalam beribu orang tu, adalah aku. Ayah kau mesti nak kau berjaya. Setelah aku melihat satu persatu postinngnya di Facebook, barulah aku tahu. Ayahnya menghidap penyakit kanser paru-paru. Sebelum ini dia pernah bertanya kepadaku melalui WhatsApp, makanan yang perlu dielakkan bagi penghidap batuk kering. Aku tanya semula, siapa yang batuk kering? Dia cakap ayah dia suspek batuk kering. Tak pula aku tahu selepas itu sakit ayahnya sebenarnya apa. Aku jarang membuka Facebook selepas tamat sekolah di tahun 2015. Kesian Daus. Tabahlah wahai kawanku. Jangan jadikan ini pelemah semangatmu untuk mengharungi hari-hari mendatang. Sebaliknya, jadikan ini penguat semangat serta dorongan untuk terus berjaya dalam kehidupan. Aku selalu melihat kawan-kawanku yang berjaya dengan rasa iri hati. Kenapa aku tak seperti mereka. Padahal, keputusan SPM ku lebih bagus. Sakit kita, lagi sakit orang lain. Jangan pernah katakan orang lain tak pernah susah. Setiap orang mempunyai cabaran yang berbeza. Semoga Allahyarham Abdul Karim di tempatkan bersama orang-orang beriman dan dicucuri rahmat. Amin.... Wish me luck for a better future..... Insha-Allah....
Ahad, 25 November 2018
Rabu, 21 November 2018
Mendung Kelabu
Semalam aku bekerja seperti biasa. Siap blaus ready-made yang tergendala sebelum aku cuti tu, aku terus sambung jahit jubah kanak-kanak ready-made. Badan hampir siap. Tinggal cantum bahu dengan kelim bawah baju. Tangan belum sentuh. Lapik leher aku dah siapkan semalam. Tinggal cantum bahu yang payah sikit. Semalam aku buka aplikasi SITS dari pukul 6:30. Dia tunjuk bas yang masuk ke Puncak Alam jer. Yang keluar takde. Sampai pukul 7:30 camtu. Aku ingat dah nak tumpang pekerja Bangla sama tempat aku bekerja tu. Sekali, aku godek godek godek aplikasi tu, baru keluar bas yang nak keluar dari Puncak Alam. Rupanya sebab seminggu aku tak buka aplikasi ni, hang kot. Kena refresh balik. Jadi, aku terpaksa naik bas pukul 8:30 malam. Sampai jer rumah, seperti biasa aku mandi dan makan malam. TV masih tiada siaran akibat piring parabola yang dicabut untuk kerja-kerja renovation. Abang aku sepanjang malam tadi menyiapkan food truck yang dihantar ke Pejabat Peladang Sungai Pelong untuk dipasang tayar dan cangkuk sebelum dihantar ke MAHA di Serdang. Pukul 7 lebih pagi tadi baru balik rumah. Pukul 10 pagi nanti pergi kerja balik. Harini kelihatan mendung dan dingin. Awan hitam menyelebungi langit. Kan best kalau hari cuti macam ni. Seronok aku berlingkar atas katil. Wish me luck for a better future...... Amin... Insha-Allah.... Mendung kelabu bukan tiada sinarnya, hidup buntu bukan tiada harapannya....
Selasa, 20 November 2018
Dunia Digital Beralih Ke Zaman Batu
Selasa lepas, aku bekerja seperti biasa. Apabila aku pulang ke rumah, rumahku ditenggelami kegelapan. Kenapa tak pasang lampu? Aku bertanya kepada emak yang sedang menunggu kepulangan anak-anak bujangnya di beranda depan rumah. Nak bukak lampu apa, rumah dah banjir. Dari situ aku tahu, kerja-kerja mengganti bumbung dan siling telah bermula. Habistu, malam ni tidur kat mana? Mak aku berkata rumah hujung milik tuan rumah. Malam tu, aku tidur di rumah orang. Tak nyenyak tidurku. Keesokan harinya aku minta cuti sehingga Ahad. Menjangkakan, hari Jumaat siap umpama mengharap hujan di padang pasir. Hari demi hari, kerja-kerja renovation masih tak siap. Akhirnya hari Isnin siap kerja memasang siling kapur. Kerja mengemas barang-barang pula yang baru bermula. Kerja pendawaian belum siap. Bilik air masih tiada lampu. Tingkap masih tiada langsir. Dan TV masih tiada siaran akibat piring parabola yang dicabut. Aduhai, umapama kembali ke zaman Batu. Sudah seminggu aku tidak menonton televisyen. Harini pula aku mula bekerja. Cuti umpama tiada cuti. Penat mengemas barang terpaksa dilupakan kerana sudah terlalu lama aku mengambil cuti. Takpelah. 4 hari jer lagi. Lepastu cuti. Cutilah sangat. Kedua-dua anak buahku akan tiba hari Sabtu ini. Aduhai. Harap-harap harini semuanya baik mudah lancar senang gembira dan tenang untuk aku lalui dengan hati yang terbuka. Amin. Insha-Allah. Wish me luck for a better future.....
Isnin, 12 November 2018
Kayangan Runtuh Ke Neraka
Aku pulang seperti biasa hari Jumaat lepas. Kira-kira pukul 7:20 aku tiba di rumah lalu terus aku menonton episod akhir 'Villa Ghazara' yang bagi aku tak cukup menggembirakan. Bagi aku, drama Melayu selalu lemah bahagian penutup seperti penulis skrip ketandusan idea, atau syarikat penerbit sudah memaksimakan peruntukan pengambaran untuk episod-episod awal ataupun pihak pengarah yang terkejar-kejar ingin menyiapkan keseluruhan drama sebelum dateline yang ditetapkan. Tapi, itu bukan lah penting bagiku. Setelah selesai episod akhir itu ditayangkan, aku makan malam dan kemudiannya mandi. Memikirkan esok bermulanya cuti dua hariku. Aku teruja. Aku tidur lewat malam itu kira-kira pukul 3 pagi setelah menonton telemovie berjudul '10 years Reunion' di saluran Diva Universal. Filem yang agak bagus tentang sekumpulan sahabat yang berjanji untuk pulang ke bandar mereka membesar sepuluh tahun akan datang untuk menggali semula memo yang mereka tanam untuk satu sama lain. Seorang dari mereka telah mati di malam mereka meraikan tamat pengajian di sekolah tinggi. Setelah sepuluh tahun, Carly baru sahaja tahu mendiang kawannya itu mati bukan sebab keracunan alkohol. Tetapi disebabkan terlebih dos dadah. Apabila dia membongkar satu persatu misteri itu, rupanya kawan baiknya yang membunuh si mati itu. Tapi, kesian juga aku pada si pembunuh. Si mati adalah yang terpintar di sekolah. Si pembunuh adalah kedua terpintar. Biasiswa hanya diberikan kepada yang terpintar. Memandangkan si pembunuh datang dari latar belakang yang agak teruk. Ibunya tak terurus dan tidak sekaya orang lain. Si pembunuh terdesak untuk mendapatkan biasiswa itu kerana takut berakhir seperti ibunya di pekan ini. Dia yang memasukkan dadah dalam air si mati. Dan bapa salah seorang rakan mereka adalah polis yang menguruskan kes ini telah memalsukan punca kematian. Bila aku fikir, si pembunuh sama seperti aku. Tapi bukanlah sama membunuh. Cuma, aku dan si pembunuh datang dari latar belakang keluarga yang tak kaya berbanding rakan-rakanku. Kawan-kawanku sudahpun melanjutkan pelajaran ke kolej ataupun Universiti. Manakala aku, masih terperap di kampung dengan masalah kewangan yang meruncing dan belum ada harapan. Keesokan harinya, Sabtu. Pagi aku menonton televisyen seperti biasa. Telemovie berjudul 'Moonlight in Vermont' di saluran Diva Universal. Pengajaran yang aku dapat ialah ' kadang-kadang kita kena perlahankan langkah kita untuk merasai kehidupan'. Walaupun pengajaran itu tak berguna untuk aku kerana masih di dalam perjalanan untuk menstabilkan kewanganku. Bila petang, mulalah aku berkemas. Mengalihkan semua barang seperti kain baju dan almari ke luar rumah untuk memberi ruang untuk kerja-kerja renovation. Tuan rumah aku mahu menukar bumbung dan siling. Jadi, semua barang perlu dialihkan ke luar rumah termasuk tikar getah sebelum kerja-kerja merobohkan siling dilakukan. Malam Ahad, terasa seakan-akan neraka sudah tiba apabila abangku mengamuk kerana tak jumpa kain pelikat. Terpaksalah aku dan emak memunggah kesemua barang-barang kami untuk mencari kain pelikatnya. Sabtu Ahad sepatutnya cuti tapi tak seakan-akan cuti. Kemudian, aku menghantar gambar depan rumahku yang dipenuhi almari kepada majikanku dan meminta cuti sehari. Isnin aku cuti. Cuti sehari setelah bermati-matian mengangkat barang. Abangku bukannya tolong pun. Asyik-asyik hilang jer. Ada game bolalah. Ada latihan nasyidlah. Sudahnya, aku dan emak yang mengalihkan semua barang. Projek menjahit pun tertangguh. Hari Selasa, aku pergi kerja seperti biasa dan tumitku masih sakit. Cuti yang kubayangkan hanyalah dongeng semata-mata. Kayangan yang kuharapkan telah runtuh ke neraka. Harap-harap, hari-hari yang akan datang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Wish me luck for a better future. Amin.... Insha-Allah....
Khamis, 8 November 2018
Drama dan Filem Memenuhi Hidupku
Semalam, aku pulang ke rumah dari tempat kerja sebelum pukul 7. Kira-kira pukul 7:20 aku tiba di rumah. Nampaknya, aku tak terlewat sangat untuk menonton drama bersiri di TV3 berjudul 'Villa Ghazara'. Disebabkan semalam waktu aku pulang ke rumah, kalakatu menghurung kesemua lampu depan rumahku dan rumah berhampiran, kami sekeluarga menonton drama itu di dalam gelap. Setelah selesai drama itu, aku pun mandi dan makan malam seperti biasa. Emak memasak rendang ayam harini. Sewaktu aku makan malam, aku menonton sekali rancangan dokumentari kehidupan tentang kehidupan orang kerdil yang berjudul 'Little People Season 2'. Rancangan sebegini agak menarik untuk aku kerana kita dapat melihat sisi kehidupan lain yang kita tak pernah rasai. Kita semua mungkin kenal orang kerdil tapi bukan semua tahu masalah yang dihadapi oleh orang kerdil seperti buli dari segi fizikal dan mental, masalah fizikal seperti sakit tulang belakang dan lutut serta cara hidup orang biasa yang perlu disesuaikan dengan saiz mereka agak sukar untuk dihadapi. Selepas habis rancangan itu, aku menonton movie muzikal di saluran Diva Universal yang berjudul 'Mamma Mia!'. Movie tu memang menyeronokkan kerana ceritanya diselang-selikan dengan lagu-lagu dari kumpulan pop 70-an iaitu Abba. Lagu-lagu Abba memang sedap didengar. Lagunya ringkas, rentaknya rancak serta susun kata liriknya yang mudah difahami dan disampaikan. Tak hairanlah kumpulan pop ini menjadi simbol muzik zaman 70-an disebabkan lagu-lagunya rancak dan mempunyai irama disco yang menjadi kegilaan di zaman itu. Filem 'Mamma Mia' ni mengingatkan aku apabila aku teruja ingin mengenal zaman muda Ibuku, zaman 80-an menerusi drama bersiri Amerika Syarikat iaitu 'Carrie Diaries'. 'Carrie Diaries' mengisahkan tentang Carrie Bradshaw yang baru kehilangan ibunya. Ketika itu, dia baru sahaja meningkat remaja. Dia terpaksa menghadapi banyak dugaan dan kegembiraan menerusi cinta pertamanya, Sebastian Kydd. Dia juga membuat keputusan yang besar apabila menolak internship di pejabat peguam tempat ayahnya bekerja dengan memilih kerja di syarikat majalah fesyen termuka di zaman itu, 'Interview Magazine'. Carrie dalam drama ini adalah zaman muda Carrie Bradshaw dari filem 'Sex and the City'. Apa-apapun, harini hari last sebelum cuti esok. Harap-harap harini semuanya baik, mudah, lancar, gembira dan tenang untuk aku lalui. Kalau harini jahit tangan jer pun okay sebab esok dah cuti. Malas nak buat kerja susah. Dan, harap-harap harini aku tak sampai rumah lambat sangat sebab harini episod akhir 'Villa Ghazara'. Moga dipermudahkan. Amin. Insha-Allah. Wish me luck for a better future.....
Rabu, 7 November 2018
Kesyukuran Berselang Dugaan
Semalam aku bekerja seperti biasa. Di waktu aku ingin pulang ke rumah, majikanku memberi duit gaji pertamaku yang bernilai RM 217. Dia memohon maaf sekiranya gaji itu terlalu sikit untuk aku. Tapi, aku kata 200 tu banyak. Saya ingat gaji saya tak sampai RM50. Walaupun tak sebanyak gaji aku bekerja di AEON, tetapi ini sudah memadai. Aku bukannya nak bekerja di sini selamanya. Dan aku faham nilai RM217 itu sikit tapi aku akur kerana nilai itu memadai dengan kerja yang aku lakukan sikit dan kurang kemas. Kalau rancak jualan online aku nanti, bulan Mac tahun depan aku berhenti lah. Kumpul dulu duit modal dan cari pengalaman. Aku menanti 2 hari lagi untuk cuti Sabtu Ahad. Tapi, minggu depan pulak tuan rumah nak bukak bumbung dan pecahkan siling untuk gantikan dengan rangka bumbung aluminium dan siling yang baru. Krisis-krisis. Rumah penuh dengan barang. Dekat mana nak campak semua tu. Aduhai. Moga dipermudahkan. Wish me luck for a better future..... Amin
Selasa, 6 November 2018
Menanti 3 hari
Hari Isnin tu, aku bekerja seperti biasa. Kakak seniorku tidak hadir kerana bercuti ke Melaka. Sepanjang hari aku menjahit sembat atau silang pangkah, span bahu, butang baju dan palang cangkuk. Hari yang mudah untuk aku. Tapi, gaji masih belum dapat. Majikanku kata harini baru dia bayar kerana gaji aku terlampau sikit apabila dia kira. Yelah, aku lagi banyak kerja jahit tangan dari jahit mesin. Aku tak kisah pun berapa aku dapat. Tapi, aku rasa majikanku ada ihsan untuk bagi gaji yang sepatutnya. Sebab tu dia mintak tangguh. Dia nak up gaji aku kot. Hihihihihi.... Malam tu, aku pulang lambat kerana bas pukul 7 rosak akibat banjir kilat di Puncak Alam. Aku terpaksa menaiki bas pukul 8:45 malam. Di bustop semasa aku menunggu bas, ada pasangan suami isteri Melayu dengan dua orang anak mereka. Aku berborak dengan lakinya. Abang tu kata dia tinggal di Puncak Alam. Aku tanya, macam mana abang datang sini. Dia jawab naik motor, baru tinggal kat kedai mamak tu. Aku kekhairanan. Aku tanya semula, selamat ker abang tinggalkan motor abang kat situ. Dia cakap dia dah suruh mamak tu tengok-tengokkan. Wah! Orang macam ni pun ada. Yakin betul tinggalkan harta benda kat orang lain. Tak takut hilang ker. Motor tu ramai yang sanggup curi. Kemudian, aku tanya lagi, abang nak ke mana satu family ni? Balik kampung ker? Dia cakap tak, dia nak tidur rumah kakak dia. Rumah kakak abang kat mana? Dia cakap kat jalan mana entah. Oh, kat KL lah. Dia cakap ya. Kemudian bas pun sampai setelah hampir sejam aku menunggu bas sambil mencatu bekalan tenaga telefonku yang hampir ke paras sifarnya. Naik saja bas, aku tanya abang driver bas tu, bas pukul 7 takde dah ker bang? Dia cakap tadi takde sebab bas tu rosak sebab banjir kat Puncak Alam. Dia tanya aku, apa pasal lama tak nampak? Aku cakaplah, kaki terseliuh. Dari hari Khamis lepas cuti. Harini baru start kerja. Dia kata oh lepas tu tanya lagi. Esok kerja tak? Aku cakap tak, esokkan Deepavali. Oh, Deepavali pun cuti jugak. Sampai jer ke rumah, seperti biasa rutinku, aku mandi dan makan malam sambil menonton televisyen. Mak nampak macam tak nak tidur kerana bersemangat untuk memotong kain untuk dibuat skirt kanak-kanak dari kain perca lebihan baju ready-made yang mahu dijual. Aku pula mencari rancangan yang menarik untuk ditonton namun hampa. Tiada rancangan yang menarik di mana-mana saluran TV. Malam tu lewat juga aku masuk tidur. Lebih kurang pukul 2 pagi. Keesokan harinya, hari cuti. Matahari tiada sinarnya. Mendung berselang hujan yang rebas menjadi cuaca harini. Aku memang suka hari cuti sebegini kerana aku jarang keluar berjalan kerana kekangan wang, ketiadaan rakan-rakan penujuk arah mahupun kenderaan pengangkutan. Jadi, kebiasaan hari cutiku hanyalah melingkar di atas katilku sambil diselimuti selimutku yang gebu atau berbaringan di atas sofa panjang di ruang tamu sambil menonton televisyen. Namun, aku gembira hari cutiku seperti itu kerana keluar berjalan sama memenatkan seperti ke tempat kerja. Aku masih teringat tatkala aku di bangku persekolahan. Aku dan rakan-rakanku pergi ke PWTC untuk menghadiri Pesta Buku. Nasib baiklah hari kami pergi hari Sabtu kerana setelah aku pulang ke rumah hari itu, badanku kepenatan. Aku bersyukur masih ada satu hari lagi untuk aku berehat iaitu hari Ahad. Minggu ini, banyak lagi cuti. Selasa cuti Deepavali. Sabtu pun diberi cuti kerana majikanku perlu ke Johor untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya untuk dua hari iaitu Sabtu dan Ahad. Cuti lagilah aku. Sabtu Ahad lepas dahlah cuti. Oh ya, cuti hujung minggu lepas, aku ada menonton 2 telemovie berjudul 'Washed Away' dan 'Brimming With Love'. Hero cerita 'Brimming With Love' tu putih pucat. Setelah aku search di internet, dia beribukan wanita Jerman yang lahir di Hamburg manakala ayahnya kacukan Yahudi Polish (orang Poland). Pelakon tu ialah Jonathan Keltz. Saje jer share. So,sekarang ni aku just menanti tiga hari lagi untuk cuti dua hari yang aku rasakan indah. Untuk tiga hari ini, harap-harap semuanya baik, mudah, senang, lancar dan gembira buatku untuk dilalui dengan berlapang dada. Amin.... Wish me luck for a better future....
Ahad, 4 November 2018
Hikmah Beban Di Kaki
Hari Khamis yang lepas, aku pergi kerja seperti biasa. Bila turun dari bas, aku terus menunggu pukul 9:20 untuk bergerak ke butik dari masjid saujana. Bila aku mula berjalan ke butik, kakiku terpelecok dan terseliuh. Aku terpaksa menggagahkan diri untuk sampai ke tempat kerja. Dengan kaki yang pedih, aku melintas jalan dengan cepat kerana kereta yang banyak. Aku menuruni tangga terjingkit-jingkit. Kemudian, seperti biasa aku akan singgah di kedai nasi lemak di hadapan SU Mall. Walaupun kedai itu dan butik di arah yang berbeza, tapi memikirkan keadaan kakiku yang sakit. Jadi, aku perlu juga membeli bekalan makanan tengah hari kerana satu penyeksaan sekiranya aku keluar di waktu rehat untuk mencari makanan tengah hari dengan keadaan kakiku yang makin berdenyut. Setibanya di butik, pergerakanku makin terbatas. Pukul 12:30, kakak senior yang sama bekerja di butik itu menghantar aku ke rumah. Majikanku sudah menyuruh aku untuk pulang ke rumah dari pagi lagi tetapi aku enggan kerana aku tidak mahu dipandang sebagai orang yang suka mengambil cuti walaupun hatiku berbunga-bunga apabila diberi cuti. Yelah, aku baru lagi kerja di sini. Rekodku harus dijaga. Jadi, hari Khamis aku half-day. Balik saja dari rumah, aku meletakkan ais pada bahagian kakiku yang sudah bengkak besar. Kemudian, emak mengurut bahagian itu sekuat-kuatnya. Aku mengerang kesakitan. Hari-hari seterusnya, aku merendam kakiku di dalam air panas, tuam, menyapu losyen mustajab dan emak menampal kunyit hidup yang sudah ditumbuk dan dipanaskan pada kakiku. Walaupun panas, kakiku takkan melecur kerana kunyit sifatnya memulihkan luka. Hari ini, isnin 5 hari bulan Disember, aku bekerja semula. Walaupun kaki belum pulih sepenuhnya, dapat melangkah pun cukup baik untukku. Sudah banyak cuti yang aku ambil. Lagipun, hari ini aku harap aku dapat gaji pertamaku. Amin..... Wish me luck for a better future.....
Kemewahan Bukannya Seindah Yang Kusangka
Sabtu yang lepas adalah hari terakhir aku berkhidmat di sebuah butik di Saujana Utama. Semuanya berjalan lancar hingga ke detik akhir ketika...