Ahad, 25 November 2018

Sendiri sakit, orang lain lagi sakit

Semalam aku cuti seperti biasa, hari Ahad. Harini aku mula bekerja. Aku tertanya, berapa lama aku harus begini? Hidup tak menentu. Kerja hari Isnin sampai Sabtu. Ahad jer cuti. Bila nak menjahit kat rumah. Sabtu Ahad pun anak buah aku selalu ada. Ahad tu jugaklah aku nak berehat. Kerja aku tak cukup bagus. Gaji pun sikit berdasarkan kemampuan aku. Haih... Hari Sabtu tu aku pulang awal kira-kira pukul 6:30. Setibanya di bustop, barulah emak menghubungi aku untuk mengambil aku di Saujana. Bas tiba lagi seminit. Sudah terlambat emak menghubungi aku. Sampai di rumah, emak dan kakakku yang kedua tak jadi pun untuk pergi ke malam berinai sedara jauh kami di dewan sekolah Sementa. Esoknya baru pergi setelah kakakku pulang dari kelasnya di UITM Puncak Alam. Setelah mereka pergi kira-kira pukul 2 petang. Aku ingat, dapatlah aku berehat. Tapi, kerja-kerja renovation belum selesai. Petang Ahadku didendangkan bunyi dentuman bertali arus dari ketukan tukul besi daripada tukang renovate rumah yang sedang memasang pintu belakang. Kemudian, pekerja Bangla yang menguruskan pendawaian pula memasang lampu di dapur, bilik air dan lubang plug di ruang makan. Abah pula tak mahu masuk ke biliknya. Haish. Aku mahu duduk seorang diri di rumah. Bilalah semua ini akan berakhir. Pukul 5 petang, aku terima satu mesej yang mendukacitakan di grup WhatsApp #TheAlien. Grup WhatsApp untuk rakan-rakan lelakiku sahaja. Bapa kawanku sudah kembali ke rahmatullah pada pukul 4:30 petang semalam. Kesian Firdaus. Takpelah, pasti ada hikmahnya. Jangan putus asa. Kau sedang berjuang di menara gading. Jangan sia-siakan peluang yang kau dapat sebab beribu orang nakkan peluang yang kau dapat. Dalam beribu orang tu, adalah aku. Ayah kau mesti nak kau berjaya. Setelah aku melihat satu persatu postinngnya di Facebook, barulah aku tahu. Ayahnya menghidap penyakit kanser paru-paru. Sebelum ini dia pernah bertanya kepadaku melalui WhatsApp, makanan yang perlu dielakkan bagi penghidap batuk kering. Aku tanya semula, siapa yang batuk kering? Dia cakap ayah dia suspek batuk kering. Tak pula aku tahu selepas itu sakit ayahnya sebenarnya apa. Aku jarang membuka Facebook selepas tamat sekolah di tahun 2015. Kesian Daus. Tabahlah wahai kawanku. Jangan jadikan ini pelemah semangatmu untuk mengharungi hari-hari mendatang. Sebaliknya, jadikan ini penguat semangat serta dorongan untuk terus berjaya dalam kehidupan. Aku selalu melihat kawan-kawanku yang berjaya dengan rasa iri hati. Kenapa aku tak seperti mereka. Padahal, keputusan SPM ku lebih bagus. Sakit kita, lagi sakit orang lain. Jangan pernah katakan orang lain tak pernah susah. Setiap orang mempunyai cabaran yang berbeza. Semoga Allahyarham Abdul Karim di tempatkan bersama orang-orang beriman dan dicucuri rahmat. Amin.... Wish me luck for a better future..... Insha-Allah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kemewahan Bukannya Seindah Yang Kusangka

Sabtu yang lepas adalah hari terakhir aku berkhidmat di sebuah butik di Saujana Utama. Semuanya berjalan lancar hingga ke detik akhir ketika...