Semalam, aku pulang ke rumah dari tempat kerja sebelum pukul 7. Kira-kira pukul 7:20 aku tiba di rumah. Nampaknya, aku tak terlewat sangat untuk menonton drama bersiri di TV3 berjudul 'Villa Ghazara'. Disebabkan semalam waktu aku pulang ke rumah, kalakatu menghurung kesemua lampu depan rumahku dan rumah berhampiran, kami sekeluarga menonton drama itu di dalam gelap. Setelah selesai drama itu, aku pun mandi dan makan malam seperti biasa. Emak memasak rendang ayam harini. Sewaktu aku makan malam, aku menonton sekali rancangan dokumentari kehidupan tentang kehidupan orang kerdil yang berjudul 'Little People Season 2'. Rancangan sebegini agak menarik untuk aku kerana kita dapat melihat sisi kehidupan lain yang kita tak pernah rasai. Kita semua mungkin kenal orang kerdil tapi bukan semua tahu masalah yang dihadapi oleh orang kerdil seperti buli dari segi fizikal dan mental, masalah fizikal seperti sakit tulang belakang dan lutut serta cara hidup orang biasa yang perlu disesuaikan dengan saiz mereka agak sukar untuk dihadapi. Selepas habis rancangan itu, aku menonton movie muzikal di saluran Diva Universal yang berjudul 'Mamma Mia!'. Movie tu memang menyeronokkan kerana ceritanya diselang-selikan dengan lagu-lagu dari kumpulan pop 70-an iaitu Abba. Lagu-lagu Abba memang sedap didengar. Lagunya ringkas, rentaknya rancak serta susun kata liriknya yang mudah difahami dan disampaikan. Tak hairanlah kumpulan pop ini menjadi simbol muzik zaman 70-an disebabkan lagu-lagunya rancak dan mempunyai irama disco yang menjadi kegilaan di zaman itu. Filem 'Mamma Mia' ni mengingatkan aku apabila aku teruja ingin mengenal zaman muda Ibuku, zaman 80-an menerusi drama bersiri Amerika Syarikat iaitu 'Carrie Diaries'. 'Carrie Diaries' mengisahkan tentang Carrie Bradshaw yang baru kehilangan ibunya. Ketika itu, dia baru sahaja meningkat remaja. Dia terpaksa menghadapi banyak dugaan dan kegembiraan menerusi cinta pertamanya, Sebastian Kydd. Dia juga membuat keputusan yang besar apabila menolak internship di pejabat peguam tempat ayahnya bekerja dengan memilih kerja di syarikat majalah fesyen termuka di zaman itu, 'Interview Magazine'. Carrie dalam drama ini adalah zaman muda Carrie Bradshaw dari filem 'Sex and the City'. Apa-apapun, harini hari last sebelum cuti esok. Harap-harap harini semuanya baik, mudah, lancar, gembira dan tenang untuk aku lalui. Kalau harini jahit tangan jer pun okay sebab esok dah cuti. Malas nak buat kerja susah. Dan, harap-harap harini aku tak sampai rumah lambat sangat sebab harini episod akhir 'Villa Ghazara'. Moga dipermudahkan. Amin. Insha-Allah. Wish me luck for a better future.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan