Aku pulang seperti biasa hari Jumaat lepas. Kira-kira pukul 7:20 aku tiba di rumah lalu terus aku menonton episod akhir 'Villa Ghazara' yang bagi aku tak cukup menggembirakan. Bagi aku, drama Melayu selalu lemah bahagian penutup seperti penulis skrip ketandusan idea, atau syarikat penerbit sudah memaksimakan peruntukan pengambaran untuk episod-episod awal ataupun pihak pengarah yang terkejar-kejar ingin menyiapkan keseluruhan drama sebelum dateline yang ditetapkan. Tapi, itu bukan lah penting bagiku. Setelah selesai episod akhir itu ditayangkan, aku makan malam dan kemudiannya mandi. Memikirkan esok bermulanya cuti dua hariku. Aku teruja. Aku tidur lewat malam itu kira-kira pukul 3 pagi setelah menonton telemovie berjudul '10 years Reunion' di saluran Diva Universal. Filem yang agak bagus tentang sekumpulan sahabat yang berjanji untuk pulang ke bandar mereka membesar sepuluh tahun akan datang untuk menggali semula memo yang mereka tanam untuk satu sama lain. Seorang dari mereka telah mati di malam mereka meraikan tamat pengajian di sekolah tinggi. Setelah sepuluh tahun, Carly baru sahaja tahu mendiang kawannya itu mati bukan sebab keracunan alkohol. Tetapi disebabkan terlebih dos dadah. Apabila dia membongkar satu persatu misteri itu, rupanya kawan baiknya yang membunuh si mati itu. Tapi, kesian juga aku pada si pembunuh. Si mati adalah yang terpintar di sekolah. Si pembunuh adalah kedua terpintar. Biasiswa hanya diberikan kepada yang terpintar. Memandangkan si pembunuh datang dari latar belakang yang agak teruk. Ibunya tak terurus dan tidak sekaya orang lain. Si pembunuh terdesak untuk mendapatkan biasiswa itu kerana takut berakhir seperti ibunya di pekan ini. Dia yang memasukkan dadah dalam air si mati. Dan bapa salah seorang rakan mereka adalah polis yang menguruskan kes ini telah memalsukan punca kematian. Bila aku fikir, si pembunuh sama seperti aku. Tapi bukanlah sama membunuh. Cuma, aku dan si pembunuh datang dari latar belakang keluarga yang tak kaya berbanding rakan-rakanku. Kawan-kawanku sudahpun melanjutkan pelajaran ke kolej ataupun Universiti. Manakala aku, masih terperap di kampung dengan masalah kewangan yang meruncing dan belum ada harapan. Keesokan harinya, Sabtu. Pagi aku menonton televisyen seperti biasa. Telemovie berjudul 'Moonlight in Vermont' di saluran Diva Universal. Pengajaran yang aku dapat ialah ' kadang-kadang kita kena perlahankan langkah kita untuk merasai kehidupan'. Walaupun pengajaran itu tak berguna untuk aku kerana masih di dalam perjalanan untuk menstabilkan kewanganku. Bila petang, mulalah aku berkemas. Mengalihkan semua barang seperti kain baju dan almari ke luar rumah untuk memberi ruang untuk kerja-kerja renovation. Tuan rumah aku mahu menukar bumbung dan siling. Jadi, semua barang perlu dialihkan ke luar rumah termasuk tikar getah sebelum kerja-kerja merobohkan siling dilakukan. Malam Ahad, terasa seakan-akan neraka sudah tiba apabila abangku mengamuk kerana tak jumpa kain pelikat. Terpaksalah aku dan emak memunggah kesemua barang-barang kami untuk mencari kain pelikatnya. Sabtu Ahad sepatutnya cuti tapi tak seakan-akan cuti. Kemudian, aku menghantar gambar depan rumahku yang dipenuhi almari kepada majikanku dan meminta cuti sehari. Isnin aku cuti. Cuti sehari setelah bermati-matian mengangkat barang. Abangku bukannya tolong pun. Asyik-asyik hilang jer. Ada game bolalah. Ada latihan nasyidlah. Sudahnya, aku dan emak yang mengalihkan semua barang. Projek menjahit pun tertangguh. Hari Selasa, aku pergi kerja seperti biasa dan tumitku masih sakit. Cuti yang kubayangkan hanyalah dongeng semata-mata. Kayangan yang kuharapkan telah runtuh ke neraka. Harap-harap, hari-hari yang akan datang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Wish me luck for a better future. Amin.... Insha-Allah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan