Isnin, 17 Disember 2018

Jualan Pertama, Lama Kunantikan

Hari Jumaat yang lepas, aku telah mengamalkan satu doa yang aku jumpa di internet. Menurut blog yang aku baca, doa itu adalah doa yang Nabi Sulaiman amalkan untuk memohon kekayaan dan kemakmuran kerajaannya. Nabi Sulaiman sememangnya nabi yang terkenal dengan kekuasaannya memerintah kerajaannya yang kaya-raya serta rakyatnya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin. Jadi tak hairanlah dia amalkan doa kaya ni untuk berterusan memohon kekayaan yang melimpah ruah. Hari Sabtu, aku masih bekerja. Seperti biasa, kakak keduaku tinggal di rumah mak sebab ada kelas PJJ pagi Ahad. Jadi, mak dan aku akan jagakan kedua-dua anak buahku. Jadi, memang tak ada masa nak bukak Shopee di hari Ahad. Subuh hari Isnin, aku mula rasa tak sedap badan. Jadi aku mintak cuti. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat ada seorang yang sudah memesan blouse yang aku jual di Shopee. Bersemangat aku dan emak membungkus barang untuk dipos buat kali pertama. Berkali-kali aku menelefon kakakku yang kedua untuk bertanya cara membungkus barang ke dalam bungkusan Poslaju. Kemudian, cara mengisi consignment note pula. Seterusnya, kami tak jumpa poket untuk menyelitkan consignment note tu. Setelah selesai, abangku yang mengepos barang itu. Aku terfikir, mungkin barangku mulai laku kerana aku mula mengamalkan doa kaya Nabi Sulaiman itu. Ya Allah, aku bersyukur doaku dimakbulkan. Tapi ini baru satu jualan. Aku target lebih dari ni. Kita ni muslim, buat apa nak Amalkan pelarislah. Amalkanlah doa ni. Harap-harap, hari-hari selepas ini dapat aku lalui dengan hati yang terbuka. Amin. Insha-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kemewahan Bukannya Seindah Yang Kusangka

Sabtu yang lepas adalah hari terakhir aku berkhidmat di sebuah butik di Saujana Utama. Semuanya berjalan lancar hingga ke detik akhir ketika...