Selepas seharian aku bekerja di kedai hari Sabtu yang lepas, aku pulang ke rumah malam itu. Tak kusangka kesemua adik-beradikku ada di rumah kecuali abangku kerana dia melancong ke Bandung, Indonesia bersama pekerja-pekerja persatuan Peladang untuk menjayakan hari keluarga setelah kepenatan menjayakan MAHA baru-baru ini. Kakak sulongku yang jarang pulang ke mari, ada di rumah malam itu. Rupanya sebab demam dia pulang. Dia ingin mencari 'tetomeh' di kampung. Tetomeh ialah jenis perubatan alternatif di kampungku. Tukang tetomeh akan menjampi kunyit hidup dengan ayat-ayat Al-Quran barangkali kemudian membelahnya dan meletakkan sepasang kunyit hidup itu di atas tapak tangannya yang ditelangkupkan di atas lantai. Kemudian, tangannya akan disapukan di atas lantai dalam bentuk bulatan. Selepas itu, dia akan mengangkat tangannya dan menjatuhkan sepasang kunyit hidup tadi. Kemudian dia merenung kunyit hidup tadi. Barulah dia tahu pesakitnya sakit apa. Sama ada dikacau makhluk, demam urat atau keteguran sahaja. Kemudian, barulah proses membuat ubat dimulakan. Kunyit tadi akan disapukan kapur sirih dan ditetak-tetak(tidak sampai terputus atau terbelah) dan kemudiannya, disapukan pada dahi, bahu, bawah cuping telinga, siku, tapak tangan, perut, lutut dan tapak kaki pesakit. Insha-Allah, sembuh. Malam itu juga, emak berkata kepada kakak sulongku, kalau gaji apis 200 sebulan jer, dua tiga tahun lagi mak dah tak mampu nak menyewa kat sini. Apalah nasib aku. Aku nak sambung belajar, mak bapak tak ada duit. Nak kerja jauh, mak bapak tak pernah ambikkan lesen atau belikan kereta. Dulu nak sambung form 6, tapi memikirkan abang aku yang baru bekerja dengan gajinya tak sampai seribu. Aku terpaksa meneruskan kerja di AEON sehingga aku jatuh sakit dan terlantar di hospital. Mak juga membebel di telinga Abah kerana silap Abah sendiri. Dulu mak ada tanah di kampung tapi Abah yang tak nak buat rumah. Tanah bapakku di Melaka tak nak dijual. Sekarang, tinggal sajalah di rumah sewa. Dan hidupku masih begini. Aduhai. Harap-harap hari-hari selepas ini dapat dilalui dengan tenang, lancar, mudah dan gembira. Amin.... Wish me luck for a better future .....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan