Sorry, lama tak update. Basically, kebelakangan ni sibuk sikit menyiapkan tempahan baju sekolah. Baju kurung putih tu. Hari Khamis lepas last aku bekerja itupun dengan senior aku, Kak Nina. Bos aku terpaksa balik kampung dia di Johor hari Rabu malam kerana ibunya sakit. Hari Jumaat dicutikan kerana tiada senior untuk menyelia hasil kerjaku. Kak Nina bercuti ke kampungnya di Perak atau Pulau Pinang sehingga perayaan Krismas Selasa esok. Begitu juga hari Sabtu, cuti. Hari ni Isnin. Malam tadi, sekali lagi abangku bising-bising kerana dia tidak mampu membeli kereta disebabkan komitmennya yang tinggi membayar sewa rumah, bil air, Elektrik, Astro dan keperluan dapur. Abangku berleter padaku akan kerjaku yang gajinya tak seberapa. Seratus ke dua ratus sebulan. Aku sudah mencari di internet peluang pekerjaan dalam bidan jahitan tetapi semuanya mementingkan individu yang mahir sahaja. Jadi, aku buntu ingin mencari kerja lain. Jadi, malam tadi abangku mencarikan peluang pekerjaan untukku. Ada satu jawatan kosong tukang jahit manik di Taman Tun Dr Ismail bersebelahan dengan tempat kerja lamaku di One Utama. Pengangkutan ke situ juga memuaskan walaupun bukan percuma. Dari dalam kampung, aku boleh menaiki bas transit MRT ke Stesen MRT Sungai Buloh dan kemudiannya menaiki MRT ke stesen berdekatan OU dan Taman Tun. Tulah. Kerja sini, gaji sikit. Pengangkutan pulak teruk. Bas Smart Selangor ni dah 4 kali buat hal. Hari Khamis lepas aku pulang lewat berikutan bas pukul 7 rosak di simpang jalan Saujana. Esok pula aku ingin ke giatmara untuk mengambil sijil. Harap-harap esok boleh cuti. Harap-harap aku dapat kerja tu. Gaji tetap RM1500. Harap-harap juga harini kerja aku tak susah dan stress. Harap-harap juga jualan online aku di Shopee semakin rancak selepas jualan pertamaku yang kembali hambar. Harap-harap, hidupku semakin senang, mudah, lancar dan gembira. Kalau aku dapat kerja tu, barulah aku rasa macam Carrie Bradshaw dalam siri 'Carrie Diaries' yang bekerja di syarikat majalah fesyen termuka di Manhattan. Aku pula bekerja di butik ternama di bandar satelit kosmopolitan Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya. Wish me luck, guys for my better future. I hope so.... Insha-Allah..... Amin
Ahad, 23 Disember 2018
Isnin, 17 Disember 2018
Jualan Pertama, Lama Kunantikan
Hari Jumaat yang lepas, aku telah mengamalkan satu doa yang aku jumpa di internet. Menurut blog yang aku baca, doa itu adalah doa yang Nabi Sulaiman amalkan untuk memohon kekayaan dan kemakmuran kerajaannya. Nabi Sulaiman sememangnya nabi yang terkenal dengan kekuasaannya memerintah kerajaannya yang kaya-raya serta rakyatnya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin. Jadi tak hairanlah dia amalkan doa kaya ni untuk berterusan memohon kekayaan yang melimpah ruah. Hari Sabtu, aku masih bekerja. Seperti biasa, kakak keduaku tinggal di rumah mak sebab ada kelas PJJ pagi Ahad. Jadi, mak dan aku akan jagakan kedua-dua anak buahku. Jadi, memang tak ada masa nak bukak Shopee di hari Ahad. Subuh hari Isnin, aku mula rasa tak sedap badan. Jadi aku mintak cuti. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat ada seorang yang sudah memesan blouse yang aku jual di Shopee. Bersemangat aku dan emak membungkus barang untuk dipos buat kali pertama. Berkali-kali aku menelefon kakakku yang kedua untuk bertanya cara membungkus barang ke dalam bungkusan Poslaju. Kemudian, cara mengisi consignment note pula. Seterusnya, kami tak jumpa poket untuk menyelitkan consignment note tu. Setelah selesai, abangku yang mengepos barang itu. Aku terfikir, mungkin barangku mulai laku kerana aku mula mengamalkan doa kaya Nabi Sulaiman itu. Ya Allah, aku bersyukur doaku dimakbulkan. Tapi ini baru satu jualan. Aku target lebih dari ni. Kita ni muslim, buat apa nak Amalkan pelarislah. Amalkanlah doa ni. Harap-harap, hari-hari selepas ini dapat aku lalui dengan hati yang terbuka. Amin. Insha-Allah.
Selasa, 11 Disember 2018
Bergelut Dengan Diri Sendiri
Selepas seharian aku bekerja di kedai hari Sabtu yang lepas, aku pulang ke rumah malam itu. Tak kusangka kesemua adik-beradikku ada di rumah kecuali abangku kerana dia melancong ke Bandung, Indonesia bersama pekerja-pekerja persatuan Peladang untuk menjayakan hari keluarga setelah kepenatan menjayakan MAHA baru-baru ini. Kakak sulongku yang jarang pulang ke mari, ada di rumah malam itu. Rupanya sebab demam dia pulang. Dia ingin mencari 'tetomeh' di kampung. Tetomeh ialah jenis perubatan alternatif di kampungku. Tukang tetomeh akan menjampi kunyit hidup dengan ayat-ayat Al-Quran barangkali kemudian membelahnya dan meletakkan sepasang kunyit hidup itu di atas tapak tangannya yang ditelangkupkan di atas lantai. Kemudian, tangannya akan disapukan di atas lantai dalam bentuk bulatan. Selepas itu, dia akan mengangkat tangannya dan menjatuhkan sepasang kunyit hidup tadi. Kemudian dia merenung kunyit hidup tadi. Barulah dia tahu pesakitnya sakit apa. Sama ada dikacau makhluk, demam urat atau keteguran sahaja. Kemudian, barulah proses membuat ubat dimulakan. Kunyit tadi akan disapukan kapur sirih dan ditetak-tetak(tidak sampai terputus atau terbelah) dan kemudiannya, disapukan pada dahi, bahu, bawah cuping telinga, siku, tapak tangan, perut, lutut dan tapak kaki pesakit. Insha-Allah, sembuh. Malam itu juga, emak berkata kepada kakak sulongku, kalau gaji apis 200 sebulan jer, dua tiga tahun lagi mak dah tak mampu nak menyewa kat sini. Apalah nasib aku. Aku nak sambung belajar, mak bapak tak ada duit. Nak kerja jauh, mak bapak tak pernah ambikkan lesen atau belikan kereta. Dulu nak sambung form 6, tapi memikirkan abang aku yang baru bekerja dengan gajinya tak sampai seribu. Aku terpaksa meneruskan kerja di AEON sehingga aku jatuh sakit dan terlantar di hospital. Mak juga membebel di telinga Abah kerana silap Abah sendiri. Dulu mak ada tanah di kampung tapi Abah yang tak nak buat rumah. Tanah bapakku di Melaka tak nak dijual. Sekarang, tinggal sajalah di rumah sewa. Dan hidupku masih begini. Aduhai. Harap-harap hari-hari selepas ini dapat dilalui dengan tenang, lancar, mudah dan gembira. Amin.... Wish me luck for a better future .....
Ahad, 2 Disember 2018
Kawan Lama
Lama dah rasanyer aku tak update blog aku ni. Minggu lepas aku bekerja 5 hari jer. Hari Sabtu aku mintak cuti. Dengan alasan, nak tolong mak aku jaga kedua-dua anak buahku. Yelah, penat mak aku jaga kedua-duanya seorang diri dari hari Khamis hingga Ahad semalam. Minggu lepas, banyak jahitan aku tak menjadi. Sedih rasanyer. Aku dah nekad nak teruskan bisnes online. Tapi aku kena bersabar sebab mungkin lagi tiga kali weekend, kakak aku akan hantar anaknya ke rumah mak sebab ada kelas PJJ. Lepastu, baru boleh aku mula operasi. Aku kena bertahan sikit jer lagi. Harap-harap bisnes online aku berjaya dan rancak. Semalam, aku ikut mak pergi beli barang dapur kat Pasar Raya Best kat Desa Coalfield. Masa lalu tu, aku dah teringat dah ni kawasan perumahan kawan karibku ketika di sekolah menengah, Ikmal Izzat. Kaki pencarut nombor 1 dan kembar Nicki Minaj paling dekat. Dah lama tak lepak ngan die. Last masa konvoi raya yang lepas. Tak sangka pulak jumpa dia kat situ. Pergi shopping ker! Tiba-tiba suara yang hampir kukenali terdengar dari belakang. Bila aku toleh, aku nampak seorang Cina yang tersengih. Selepas sejenak aku melihat, barulah aku ingat ikmal yang menegurku. Dia juga pergi membeli barang dapur. Dia kata, malam semalam nak call aku. Tapi tak call pun. Aku dah agak dah. Aku mesej dia ikut WhatsApp pun tak reply. Dia tengah praktikal kat Shah Alam. Jadi, dia berulang dari sini. Haih.... Semua kawan aku dah berjaya. Aku? Bilalah nak kukuh kewangan. Sedihnyer..... Takpelah. Ader rezeki aku nanti. Wish me luck for a better future. Harap-harap harini semuanya baik, mudah, lancar, senang dan gembira untuk aku lalui dengan hati yang terbuka. Amin. Astro pun dah ader. Hihihihihi....
Kemewahan Bukannya Seindah Yang Kusangka
Sabtu yang lepas adalah hari terakhir aku berkhidmat di sebuah butik di Saujana Utama. Semuanya berjalan lancar hingga ke detik akhir ketika...