Alhamdulillah, tanggal 9 September 2017, aku, Rufiz secara sahnya bebas dan merdeka dari trakea yang melekat kat leher aku sejak Disember tahun lepas. For your information bagi sesiaper yang tak tahu apa itu trakea, trakea tu tiub kat leher yang ditebuk untuk memudahkan pengaliran udara masuk ke dalam peparu. Selalunya trakea ni orang yang accident jer pakai. Tapi kes aku ni, tak. Mesti korang tertanya kenaper aku boleh pakai trakea ni. Semuanyer sebab, aku menghidapi penyakit peparu berair yang menyebabkan aku susah untuk bernafas sebab dalam peparu aku dah dipenuhi air. Mulanya, aku demam berkali2 jer tapi disertakan dengan simptom2 lain macam berpeluh banyak, muntah2 dan terasa sangat penat. Aku rasa no semua berpunca daripada kerja aku sebelum ni. Kerja stor di sebuah pasar raya memaksa aku balik ke rumah lewat malam. Dalam keadaan berpeluh, aku terus naik bas yang ber-aircond. Dah lah sakit peparu berair, dapat jangkitan tibi pulak kat peparu. Haih, sedih tak citer aku. Masuk hospital lah aku. Mula2, hospital Sg buloh. Pastu, PPUM. Tak elok jugak. Cek kat Klinik 1Malaysia, nadi aku laju, take mcm orang normal. Terus call ambulans send ke hospital Sg buloh balik. Masuk bulan 11 2016 keluar lepas Krismas. Sempatlah koma 3 minggu. Pastu tak boleh makan sebab kotak suara luka sebab pakai alat bantuan pernafasan dari mulut masuk ke tekak lama sangat. Terpaksalah bergantung pada susu Ensure dan guna tiub masuk hidung. Pernah jugak merasa cacat sementara sebab lepas sedar dari koma, kaki pijak tak lekat. Kene berlatih balik berjalan. Kaki tangan habis lebam2 akibat cucukan jarum2 untuk menyuntik ubat. Alhamdulillah, harini aku bebas tapi tak bebas sangat sebab trakea ni cabut tak jahit pun. Doktor tutup dengan kapas dan pelekat jer jadi, kena tunggu kulit bercantum dulu baru boleh mandi cam biasa. Selama ni mandi badan jer. Pastu, tundukkan kepala untuk gosok gigi, shampu dan cuci muka. Nak elakkan leher basah punya pasal. Tidur pun tak boleh telangkop. Duduk umah jer. Keje Tak boleh, sambung belajar pun tak. Aku harap awal tahun depan aku boleh sambung belajar. Memandangkan family aku bukan urang Kaya. Jadi, aku ingat nak sambung GIAT-MARA aliran jahitan. Kenaper jahitan. Satu, aku minat fesyen. Dua, tu jer kemahiran yang masyuk nak buat duit sekarang ni. Habis giatmara, baru aku fikir nak sambung Uitm ker. Belajar asas jahitan dulu dan mahirkan diri dalam Dunia Kain, Jarum dan Gunting ni. Kalau aku start masuk Uitm nanti, boleh aku buat part time menjahit. Dapat income untuk belanja aku kat uni nanti. Bolehlah ambik lesen kereta. Beli kancil ker satu. Pastu baru planned untuk full change over untuk Rupa aku. Nak elokkan muka aku yang berminyak, berjerawat dan hirang ni.pastu beli produk untuk putihkan kulit. Merahkan rambut dengan inai. Pastu yang paling penting. Gigi!!!!!! Gigi aku dah berkarang sebab makan ubat tibi berdozen2. Dahlah tak reti telan ubat, kunyah pulak tu. Aduhai. Aku harap aku boleh buat scalling pastu terus buat braces. Amin..... Wish me luck guys. Moga hidupku lebih senang😉